![]() |
![]() |
![]() |
Kekasihku Umair
Umair b Abi Waqas ialah seorang sahabat yang telah memeluk Islam dalam usia yang sangat muda. Beliau adalah adik kepada Sa'ad b Abi Waqas r.a, iaitu seorang general Islam yang termahsyur. Saad r.a telah meriwayatkan: "Pada masa kami bersedia untuk menuju ke medan pertempuran Badar, aku melihat Umair (r.a)sedaya upaya menyembunyikan dirinya. Ini telah memeranjatkan aku. Aku bertanya kepada beliau, ' Apakah yang telah berlaku keatas dirimu wahai Umair, dan apa yang telah menyebabkan dirimu bersembunyi seperti ini?'. Umair (r.a) menjawab, 'Aku takut baginda Rasulullah s.a.w mungkin tidak akan membenarkan aku mengambil bahagian di dalam pertempuran ini kerana usiaku yang masih muda. Namun begitu, aku cukup rindu untuk pergi dan mati syahid di jalan Allah'. Keinginan Umair r.a untuk menyertai angkatan perang itu begitu mendalam sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w berjaya mengesannya lalu Baginda menegahnya daripada menyertai barisan tentera. Kegagalannya untuk menyertai peperangan itu begitu menghampakan dirinya lantas beliau menangis. Apabila perihal kekecewaan Umair (r.a) dan kehampaannya yang amat sangat itu sampai ke pengetahuan RAsulullah s.a.w, baginda Rasullah s.a.w akhirnya membenarkan beliau menyertai peperangan tersebut. Umair r.a berjuang bermati-matian di dalam peperangan tersebut, sehinggalah beliau syahid. Kekandanya, Sa'ad r.a berkata: "Pedang Umair (r.a) terlalu besar untuknya, menyebabkan aku terpaksa mengikat beberapa simpulan di pinggangnya...supaya ia tidak menyentuh bumi." ![]() beautifulislam.net posted by Hana' at 1/12/2005 06:26:00 AM |
|