Ya Muqallibal-Quluub,
Thabbit Qulubana 'ala Diinik

About Me
Hana' Wan Harun aka Hana' Fathiah
Married to the macho Mazri Mahmood
Guar Perahu,
Bkt Mertajam,Penang
Bloomington,IN
Tanjung Malim, Perak
Love travelling, books,
nasyeed, outdoor
Rebutia, Anime



Highly Recommended
alMaghrib
Durbah
EmanRush
Khutbah
MisgOnline

MalaysianMade

Indiana University
Indiana University, Bloomington
Webmail
Oncourse
Onestart
Insite
SRSC
Find People
C Bus
E Bus

Friends
Mazri Mahmood
Judd
Muiz
Brother Faiz
Shah
WanZu
Imran
Zaid
Zakri
Zacharias
Yeop Mayuru
Irfan
Kak Lynn
Kak Sarimah
Kak Ina
Kak Amy
Maisarah
Asriah
Fairuz
Awla
Insyirah
Dot
Afzan
Futuredoc

Media
Utusan
Berita Harian
Harakah
Aljazeera
CNN
Ikim
Radio Ummah
Radio Nurhidayah
Misg.fm

Stuff
Hotmail
Yahoo
Gmail
My Friendster
My Fotopages 1
My Fotopages 2
Resepi Mesra.net
Fruits Basket
IUCU
Providian
Maybank2u

Archives
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009

Tagboard
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Credits
Blogger
Blogskins
Layout


Saturday, November 26, 2005

Demam Harry Potter

Assalamualaykum wht,

*I got the 6th book - Harry Potter and the Half Blood Prince, on July 2005...but I do not dare to even open the 1st page. I am afraid that if I start reading it, then I would finish it in a blink, and I do not have anymore new Harry Potter stuff to read. I think I'll start reading it after the 7th book comes out (^-^) *sigh...ridikulus! ridikulus! (read: ridiculous)


You scored as Albus Dumbledore. Strong and powerful you admirably defend your world and your charges against those who would seek to harm them. However sometimes you can fail to do what you must because you care too much to cause suffering.

Hermione Granger

75%

Albus Dumbledore

75%

Sirius Black

70%

Ron Weasley

70%

Remus Lupin

70%

Draco Malfoy

70%

Harry Potter

55%

Ginny Weasley

55%

Lord Voldemort

40%

Severus Snape

40%

Your Harry Potter Alter Ego Is...?
created with QuizFarm.com


posted by Hana' at 11/26/2005 08:26:00 AM |

~~~*~~~


Friday, November 25, 2005

Adakah Saya Tahu 2?

Assalamualaykum wht,

1) Mazhab Syafie mengharamkan daging dolphin untuk dimakan. Sebabnya, dolphin ada snout, dan pig pun ada snout. Atas sebab itu, dolphin takleh dimakan sebab dia ada snout seperti pig's.

2) Mazhab Syafie menghalalkan daging gajah. Sebabnya, gading gajah tidak ditafsirkan sebagai taring(takleh makan daging binatang yg ada taring), tapi diibaratkan sebagai tanduk yang tumbuh ditempat yang 'salah'.

3) Ketika mandi wajib, berkumur mulut dan memasukkan air ke dalam hidung adalah termasuk dalam rukun 'meratakan air ke seluruh badan'. Sebabnya, mulut dan hidung adalah external bahagian tubuh badan. Dalil: berkumur mulut dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wudhu'tidak membatalkan puasa. (Puasa terbatal sekiranya kita memasukkan sesuatu ke rongga tubuh badan).

4) Bismillah adalah tool untuk mengconcealkan kita dari pandangan jin.

5) We can never use our right hand untuk cleaning purposes particularly untuk membasud najis, (which sume org dah tahu), except for brushing your teeth. Sebab tangan kanan dia lebih senang control, jadi kita ada more control agar toothbrush tak merobek gusi. *if a person is a left-handed, guna the left hand.

6) If a married couple gets divorced, the couple can still duduk di rumah yang sama, and the wife boleh tak pakai tudung and still, she doesn't have the responsibility to cook and clean for the ex-husband, for 3 months (3 kali suci). Because that time is used for the couple to think over their issues, and they'll be like rindu balik to get together.(read: merujuk) That's the beauty of Islam. :)

------------------------------------------------------------------------------------

I have an interesting story that I wanna share.
There was a sheikh in Madinah, and he was assigned to be a supervisor dalam satu exam. During the exam, a student raised his hand, and the sheikh datanglah ke student tu. The student then asked, did he know the answer to a question? The sheikh just gave the answer to him. Pastu sume students yg tengok incident tu angkat tangan untuk mintak jawapan. And every time a student asked, every time dia akan jawab.
Sampai la the sheikh kena panggil ke pejabat dekan ke, head master ke..what have you,
the sheikh kena soal by the authority, 'nih awat nih bagi jawapan dekat students?'
The shiekh answered, whoever has knowledge and conceal it, Allah'll put hell fire in his mouth. Furthermore, kalau dia tak bagi jawapan, he afraid that that would be the only time the student asked about it. And if, somebody else asked the student about the exact question, he didn't want to be responsible for not giving the answer to the student at the first place.
The authority then said, 'ye laa ye la....just don't be a supervisor anymore' :p


posted by Hana' at 11/25/2005 09:25:00 AM |

~~~*~~~


Tuesday, November 22, 2005

Bismillahir-rahmanir-rahim,

Adakah Saya Tahu?

Assalamualaykum wht,

Selalu orang buat soklan quiz ke teka cepu emas ke berbunyi 'Adakah Anda Tahu'. Tapi kali ni berbunyi 'Adakah Saya Tahu', sebab saya memang tak tahu sebelum datang ke kelas al-Maghrib.

Jom meh kongsi.

1) Nama Abdul Rahman tak boleh di sebut secara separate. Contohnya, tak leh panggil Rahman je, sebab itu nama khusus untuk Allah. Kena panggil lengkap--> Abdul Rahman atau paling best jangan kasi nama anak Rahman.

2) Nama2 lain seperti Iman, Taufiq, Nur, Islami, nama2 yang memberi makna righteous sebegini tidak digalakkan untuk diberi sebagai nama anak. Sebab, contohnya..Tipah tanya kat mak si Nur, 'Nur ada kat rumah makcik?'. Mak dia pulak jawab, 'Nur takde rumah la Tipah..'. Kan ke tak menarik tu kat rumah tu tak diserikan dengan Nur (cahaya).

3) I am so amused dengan bagaimana pelbagai mazhab boleh mengeluarkan berbagai pendapat. Contohnya, dalam mazhab Maliki, ada some of the Malikians agree dengan satu issue while sesetengahnya bangkang. Jadi, dalam satu issue tu boleh ada dua pendapat yang dikeluarkan oleh the Malikians.

Antara mazhab Maliki, kalau solat boleh letak kedua-dua tangan kat sisi semasa berdiri (baca al-fatihah, dan surah al-Quran). Sebabnya, ada murid Imam Malik berkata, Imam Malik pernah solat begitu selama setahun. Tapi scholars yang lain disagreed dengan mengatakan Rasulullah tak pernah pun buat camtu. Rasulullah selalu letak tangan kanan atas tangan kiri, dekat chest dia. *Note, orang M'sia selalu letak dekat atas perut, bukan atas dada.

Jadi, keluarlah opinion dari mazhab Maliki, solat kena letak tangan di sisi.

Tapi sebenarnya, jengjengjeng...

Khalifah di zaman Imam Malik nih dah ceraikan bini dia dengan talak 3. Tapi dia nak rujuk dan kawen balik ngan bini dia, dan mintak Imam Malik kuarkan fatwa untuk bolehkan kawen balik lepas talak 3. Imam Malik mana laa ndak, kan..
Jadi si khalifah nih beat him up, sampai shoulders dia dua-dua dislocated.
Oleh itu, bukan Imam Malik tak nak angkat tangan letak di chest dia time solat, tapi dia tak boleh. Dalam kitab Imam Malik, sebenarnya pun dia mentioned, tangan Rasulullah letak di atas dada baginda.


*** InsyaAllah saya akan cuba share satu demi issue yang kami kupas dalam kelas. Processnya akan bermula begini:

Kita akan state issue apa.
Then kita akan tengok pendapat2 dari Imam yang empat, serta kengkadang ada juga opinions dari sahabat seperti Umar al-Khatab, Ali ibn Talib, ahli tafseer, ahli hadeeth, literallist, dan juga Ibn Hazam.....beserta dalil, sebab semua pendapat yang dikeluarkan, ada dalilnya yang menyokong.
Kemudian, kita akan tengok apakah opinion yang stronger, yakni dia boleh membidas/merebut opinion2 lain.

*Sheikh AbdulBary pesan begini kepada kami:
Kalau kita dah belajar satu mazhab je dari dulu sampai sekarang, dan tak upaya nak belajar mazhab2 yang lain, kita kena ikut mazhab tu...sebab itu je yang kita tahu. Tapi kalau kita kita dah belajar secara mendalam, dan kita confident ini itu adalah sunnah Rasulullah, kita wajib untuk ikut sunnah Rasulullah itu.

Lagi satu dia pesan, if a person always pilih mazhab yang paling senang, bukan pilih opinion yang dia rasa itu sunnah, eventually dia akan menuju ke arah kekafiran. Wallahu'alam.


posted by Hana' at 11/22/2005 06:41:00 AM |

~~~*~~~


Sunday, November 20, 2005

Bismillahir-rahmanir-rahim

Purification Act 3

Assalamualaykum wht,

Merujuk kepada komen 'hmm' berkenaan dengan al-Maghrib, mari kita tengok balik, siapakah itu Wahabi. Let see...

Secara amnya, wahabi adalah an extreme fundamentalism, obsessed untuk menghapuskan Muslim yang bukan Wahabi, dan ia cuba nak purify Islamic beliefs and rejects segala bid'ah yang berlaku after the 3rd century of Islam.

Tak kenal, maka tak cinta. al-Maghrib pula secara amnya, adalah satu badan yang insyaAllah diyakini 100% menjurus kepada seeking true knowledge yang tak melibatkan langsung bab-bab wahabi ni. Anti mazhab? Jauh laa sekali... AbdulBary Yahya, cikgu kami, masyaAllah...mampu membuka mata saya dalam perihal mencari Ilm dan seek for the truth.

Kita memang tahu mencari ilmu tu wajib, dari sekolah rendah sampai la sekolah tak rendah sangat, kita tahu 'Menuntut Ilmu itu Wajib ke atas Setiap Muslim'. Sheikh AbdulBary, dia bawak hujah/dalil bernas atas alasan apa kena tuntut ilmu. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah saw nampak ada seorang pemuda ambil wudhu'dan ada satu spot dekat tumit kaki dia tak kena air. Kemudian Rasulullah said: 'Woe to heels from Hell-Fire.

Ok, persoalan.
Adakah pemuda tu tahu yang ada spot tak kena dekat tumit dia?
Dia tak tahu, tapi dia nih ignorant dalam mengambil wudhu'.
Tapi Rasulullah saw tetap kata tumit yang tidak kena wudhu' itu deserved api neraka, walaupun kalau ikut logik, takkan orang yang tak sedar dia buat salah pun kena punish.... Jadi, dalam hadith ini, majority of the imam mengapplykan kalau kita being ignorant, maleh nak seek the truth, contohnya kita fikir kalau kita tahu lagi banyak, itu takleh buat, ini takleh buat, semua takleh buat, we deserve to be punished. So, tok bole la sesuke hati nak kata, 'takpe..aku tak tahu', kalau kita ada means untuk seek more knowledge, like seminars or ceramah2, tapi kita tak ikut. Wallahu'alam.


posted by Hana' at 11/20/2005 05:22:00 AM |

~~~*~~~


Saturday, November 19, 2005

Purification Act 2

Assalamualaykum wht,

Tanpa membuang 10 minit masa yang ada sebelum bertolak ke Purdue, perlu untuk saya memberi sedikit briefing tentang Purification Act.

Dalam beberapa onsecutive entries yang akan datang, suka saya untuk mengshare sedikit sebanyak tentang ilmu fiqh yang baru kami pelajari secara mendalam dan effective minggu lalu.

Pertama-tamanya, 4 mazhab yang kita ketahui, yakni Imam Syafi'e, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Hanafi, merupakan ANTARA opinions selain opinions beberapa sahabat yang lain. Apa yang membezakan imam2 yang empat ini dengan sahabat2 yang lain ialah, anak-anak murid imam yang empat ini beramai-ramai mengumpulkan pandangan mereka, namun pandangan sahabat2 lain tidak dibukukan atau distudy dengan lebih mendalam. Walhal, sebenarnya, pandangan2 sahabat2 ini juga adalah antara pandangan yang benas.
Oleh itu, dalam beberapa isu yang akan saya sharekan nanti, ada juga saya akan ketengahkan pandangan sahabat2 yang lain, selain mengguna pakai pandangan imam yang empat sebagai sumber rujukan primer.

Antara bab yang akan kita bincangkan ialah: jengjengjeng..bersambung selepas ini, dah nak kena gerak ke Purdue..


posted by Hana' at 11/19/2005 06:51:00 AM |

~~~*~~~


Thursday, November 17, 2005

Kueh la Raya

Assalamualaykum wht,

Alhamdulillah, terciptala jugak my first kueh raya; almond london, cornflakes bertepung, and kek gula hangus besides from nasik ayam for our open house, at Ani and Aslam's house on the 11th of November.

I had to gather as many memories as possible before going back to Malaysia, rasa bukan di perantau la pulak kalau tak penah buat kueh raya time raya :p

Check out ghope the stuff that I managed to make, almaklumlah, tahap amatur lagi.
Hann's Fotopage


posted by Hana' at 11/17/2005 06:53:00 AM |

~~~*~~~


Wednesday, November 16, 2005

Purification Act 1

Assalamualaykum wht,

InsyaAllah I'll be sharing the most exciting materials ever covered in any of my classes since 3 years ago --> from al-Maghrib's classes

But now I got a project to think about and a homework that I have no idea about..wwauchh!

Maybe 2 or 3 days nanti insyaAllah.


posted by Hana' at 11/16/2005 01:12:00 PM |

~~~*~~~


Friday, November 11, 2005

To Do or Not To Do
versi sambungan

Assalamualaykum wht,

I met Bonnie, the marketing director of Kelley's graduate program, early this morning to further discuss about my plan to continue my studies here at IU next year. The due date for the application process is getting near..yet I am still confused, phenin' phenin'..puhh..puhh..

I know that I need to have a master degree in order to be hired as an instructor at IIUM, well, at least that was the original plan, but man.. I just don't understand why this school requires more than 15 hours of my precious time every single day. As I was speaking to a second-year student of the graduate program, my mind kept asking myself, do I really need this, is it worth the time and effort? The guys basically told me that the classes will start at 8:15 am until 11:30 am, then there will be group meetings from 1 pm to 9 or 10 pm. And as soon as everything else is done, I bet I am pretty beat with mata kuyu and badan layu. It is practically like going back to high school!! Ohhhooo..they're pretty busy on the weekends too, and that would suggest that this program will be harder than going to work, thus I shall conclude that I will be a one no-life person by the end of year...sniff!!!

But seriously, this is a golden opportunity for me if I am deeply considering how much I will accomplish. I have the advantage to ignore the GMAT exam since I am a student of this school, they have this field study thing that requires the students to go abroad to Paris, Italy, Australia, blablabla... for 5 whole weeks doing real job for real companies. We will be doing projects and cases that practically equip us to handle all apakebenda in the future.

And, if I will be spending separuh usia remajaku at school, then when should I spend my precious time with my future significant other..and that, I could hardly tolerate. Be a good student, a good wife, a good family member, and a good 'abidah won't be that easy. I wonder how I will handle it, but I am willing to give a try. This decision is so crucial because it comes with additional responsibility - I will be the only Muslim woman with hijaab at the graduate school, I will be carrying this title as a Muslim student...and I profoundly think thats worth fighting for.
I am not that strong, tapi belasah aje laa..


posted by Hana' at 11/11/2005 06:14:00 AM |

~~~*~~~


Wednesday, November 09, 2005

Mari Buat Kuih Raya

Assalamualaykum wht,

Oleh sebab tajuk di atas ialah Mari Buat Kuih Raya, maka saya dengan ini nak pegi la buat kuih raya dan tak sempat la nak menghabiskan penulisan entry kali ini..(^ - ^)

Menu kuih raya kali ini:

1)Almond London
2)Cornflakes bermadu
3)Kek Gula Hangus

*more update later, kalau kuih jadi laa..
kalau tak jadi memang sah2la la malu nak tunjuk, :p


posted by Hana' at 11/09/2005 06:53:00 AM |

~~~*~~~


Monday, November 07, 2005

Assalamualaykum wht,


Mari Tengok Movie





posted by Hana' at 11/07/2005 07:31:00 AM |

~~~*~~~


Friday, November 04, 2005

Update Raya di Guar Perahu

Assalamualaykum wht,

Bila saya menelefon mak 2nd raya, mak ngan abah were on the way to the Summit Shopping Complex di Bukit Mertajam. Mak informed dah dekat 2 jam mak mencari kain songket atau kain-kain yang seumpama dengannya untuk hadiah esok hari, tapi sume kedai masih tutup, atau kalau yang bukak pun, barang yang dicari tidak bertemu di mata. Abah makin banyak jumpa kedai yang tutup, makin seronok..seronok nak sambung jenjalan lagi dengan mak, kalau dah jumpa kedai dah tak boleh sambung shoppping la kan...huhuhu. Kak Imah and Bang Yang pun still bershopping di Carrefour mencari set cawan cocktail and bahan2 yang nak buat menda tuh nanti.

Mak, abah and adik2 baru pulang dari Kedah, kampung abah petang tadi. Semua pak-pak dan mak-mak balik bersama bala tentera masing2 kecuali Mak Ndak P****. Dah lama sangat mak ndak tak balik, saya rasa kali terakhir saya berjuma dengan mak ndak bila kami masih bermukim di Johor, which was 10 years ago. Kesian mak ndak, menangis-nangis nak balik kampung, tapi si suami tak benarkan. Mak ndak sendiri dah jadi helpless, hanya air mata pengubat duka. Sempat mak ckap, "Along nanti bincang dengan M***** elok2, nanti bergaduh pulak masa nak balik kampung time raya.." Saya selamba berkata, "Takpe, kalau bergaduh pun, along mesti menang..kihkih". :P Well, can't blame it on me 100% since itu antara traits yang saya warisi dari mak jugak..abah pun selalu dok mengusik, "Macam mana asyik mak je yang selalu menang nih.."

Mak cerita, tok Kedah nak mintak RM15,000..wahahahaa..man, i was laughing hard. Then mak kata, okey ke kalau mak ckap dekat diorang nanti, 'terpulang je la nak bagi berapa pun..'. The I said to mak, 'hmmm...apa kata mak ckap camni nanti, kami nak mintak 15 ribu....'

Pastu smbung, 'dak aihh...kami melawak je, nak kasi berapa pun terpulang la..' kehkeh..that would be hillariuos :p

Untuk menu esok, mak cadang nak masak sotong masak kari, ketam masak lemak, udang goreng kunyit, ayam masak merah dan sayup chapchai, of course berserta kak Imah's fruit cocktail. That part, I don't have to worry about, since mak pun mengangkat bakul sendiri stated that she was a cikgu sains rumah tangga, mak punya quote, 'tak semestinya masakan tu kena sedap, presentation tu pun penting..' haayyaayyy... :)

Bila saya bertanya mak dah jumpa ke kotak2 correlle yg mak ckap nak punggah dari kotak2 saya semalam, mak kata nanti mak tunggu malam sikit, bila semua bertandang ke rumah Mak Chak Juru. Bila kurang orang dalam rumah tu, senang la mak nak korek kotak2 tu sengsorang..heheh..

Agenda beraya di Guar Perahu would be the same selalunya setiap tahun. Seawal subuh bilik air akan sesak dengan traffic, bilik air yang ada 2 saje tuh memang tak menang tangan nak menampung dekat 45 orang di rumah. Iron pun akan ada wait list jugak, walaupun dari malam raya kitowang dah start mengiron. Jam 9, rumah akan kosong sebab semua tak kira lelaki atau perempuan, kanak2 atau bukan kanak2, akan ke masjid untuk solat sunat hari raya. Selesai solat, kami beramai-ramai akan menziarahi kubur tok wan Abdullah dan tok nek Musa, membaca al-fatihah dan yassin.

Sebelum pulang ke rumah kembali, memang tak sah kalau tak membelasah nasik dulang masjid. Selalunya nasik daging yang sedap nyumnyum tu menjadi santapan raya. Seperti masjid-masjid biasa, section lelaki dan perempuan di bahagikan untuk majlis makan2 nih. Tapi every year, bila makan di masjid je, semua yang puak2 lelaki nih akan datang ke bahagian belakang masjid untuk makan bersama as a big family. Jadinya, di bahagian belakang masjid tu memang dah dikenal pasti sebagai port keluarga kami.

Kronisme yang dibenarkan, huhuh...


Beloved tok


Bila habes makan, wajib untuk kami akan berkonvoi ke rumah Tok Su Jab, dan Tok Njang. Kengkadang tu, kami berpusing-pusing jugak sekitar kampung melawat rumah sana-sini. Rumah sendiri pun saya tak tahu siapa yang menjaga in case bebudak datang berhari raya.

Sampai petang je, semua balik penat dan mengantuk. Time nih memang ramai yang hanya akan layan ketidak fungsian otak di hadapan tv. Semalam bila saya called, depan tv tuh penuh dengan penonton cerita hantu cina.

Second raya memang khas untuk beraya di rumah Mak Chak Juru. Selalunya mak Chak akan masak something special, a lot too..--> bersesuaian dengan kuantiti manusia yang bukan sedikit.

Kari kepala ikan nyumnyum...


Kenangan raya di Guar Perahu memang tak termampu di lupa since setiap tahun sepanjang di bumi Bloominton ini saya akan teringatkan perkara yang sama. And I didn't even nangis this raya...heheh.. I'm just happy dengan apa-apa saje yang saya rasa ketika ini. Even though terasa tak nak datang sebahyang raya di masjid pagi tadi sebab nak prepare untuk exam la kononnya jam 1 ptg nanti, I ended up pi jugak masjid, and relaxing myself with the makan-makan after the prayer, without even terasa guilty sebab ada lagi material tak cover. I even thought that this would be the time I would pasrah dengan apa yang akan terjadi because I want to spend my eid with happiness and laughter, not stucked in the pressure of the exam..hohohoh. And only at 11:30 I arrived at the library to study apa yang patut, dapat la lebih kurang sejam. Alhamdulillah kitowang boleh bawak a one-sided cheat sheet untuk exam, dan dengan pertolongan Allah, most of my questions boleh amik jawapan dia bulat-bulat from my cheat sheet.

Allah's way of showing me how things work never fails to amaze me.
Wa makaruu, wamakarAllah..wallahu khairul-maakiriin :)
"Kita merancang, Allah merancang..dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang"


posted by Hana' at 11/04/2005 08:02:00 PM |

~~~*~~~


Thursday, November 03, 2005

Salam Aidil Fitri untuk Semua

Assalamualaykum wht,

Salam lebaran untuk seluruh umat Islam tidak kira di mana anda berada. Kemenangan selepas sebulan menempuh Ramadhan seharusnya di sambut paling kurang dengan senyuman.
Dan anak Wan Harun ini masih mampu tersenyum, walaupun jauh dari orang tersayang, walau ada exam pada hari raya pertama Aidil Fitri. :)

Saye menalefon Guar Perahu dalam jam 3 petang Malaysia. Sebabnya jam 8 malam semalam dah tergolek atas katil, rutin biasa waktu Ramadhan, kemudian bangun kembali jam 2 pagi. Bila checked isna.net, pengumuman 1 syawal telah lama dipost: Thursday, November 3rd. Telefon di waktu petang begini pun rumah tu masih riuh rendah dengan kunjungan jiran dan tetamu. Sempat jugak pak lang Chin ngan mak lang Chin ucap selamat hari raya bila saya telefon semasa mereka sedang bertamu di rumah.

Mak aihh..riuh rendah suara background semasa bercakap dengan seorang demi seorang sanak saudara. Hampir seisi rumah sempat saya bersembang, hampir dua jam. Tok dan pak teh bising di belakang, takut banyak sangat duit habis telefon lama-lama. Amir pandai pulak menyampuk, "takpe dia kaye..duit dia ada dekat 14 ribu..kehkeh.." :p


Semua pulang ke kampung kali ini, kecuali angah dan isteri sebab mereka baru menyambut kedatangan cahaya mata baru. Isterinya masih dalam pantang,jadinya mereka beraye di Melaka sahaja. Pak Njang dan Mak Njang pun baru sampai dari Kuala Nerang. Mak Njang kena extends skit masanya sebab bertugas sebagai penjahit baju yg didemand tinggi nih memang la tak menang tangan.


Tahun ni semua ketupat dan rendang dibeli. Tak sempat nak buat di rumah. Afiq mengomel, sebab nak sambut tetamu special dari Kluang di raya ke-3, preparation raya lebih kepada persiapan ke arah itu. Bang Yang and the geng berjaya cat rumah dalam masa sehari, kaler peach kuning tak silap...melapisi cat biru yang mak baru buat 6 bulan lepas. Kalau tak sebelum nih, sume orang kata rumah tu macam rumah India sebab Pak Teh pulak beli cat kuning terang untuk cat tingkat atas. Memang macam rumah India, biru dan kuning terang memang tak masuk..kihkih..I am relieved Bang Yang boleh tukar cat rumah, kalau tak segan skit nak terima kedatangan tetamu terhormat nanti..heheh. Kak Imah pulak excited nak buat cocktail untuk raya ke-3 nanti, siap nak beli set cocktail lagi esok. Mak Teh, Mak Lang and Mak Njang for sure akan in charge untuk masak-masak nanti, which would be fantastic sebab diorang nih memang pakar bab-bab dapur..huhuhuh. Pak Lang lebih kepada pr person, dia melawak kata ishh ishh..5 ribu je tak boleh jadi nih, graduate oversea nih mau kena letak belas-belas ribu...:p

Even though I am far away for home, I can feel the excitment. I even told mak to bukak my kotak yg kononnya hanya boleh dibukak when I come back home this December. Mak definately can use a new set of correlle untuk hari istemewa tu nanti... :)
I am so blessed for having them as part of the family. Without them, I don't even make sense.

This is what I call family :) (tak semua yang masuk, credit: Kak Imah's fotopage)


posted by Hana' at 11/03/2005 07:58:00 PM |

~~~*~~~


Wednesday, November 02, 2005

Eid Mubarak

Assalamualaykum wht,

Selamat tinggal Ramadhan,
semoga bertemu kembali tahun hadapan...

---------------------------------------------------------------------------------------
*something I love to share, even if it's a bit late

Petikan perbincangan misg-net:


I believe the malaysian masajids have the right idea. They don't try to finish the whole Quran during prayers, but they read nicely. In fact, I'm beginning to appreciate the aimmah in my local mosque (Masjid Shah Alam) who is a haafiz but reads from the 30th juz during prayer. After that, there would be a halaqah to correct the reading. But when I came here, subhanAllah, recitations are all messed up!! I can't figure out any lengthening, makharij of huruf seems not to exist and ghunnah? Please, somehow or rather this characteristic of the letters noon and meem has METASTASIZE the other letters as well.

Ahmad B Abd Raffur
Lead, follow or get out of the way



Assalamualaykum yaa akhee

This is my favorite local Qaree, one of the grand imams of the blue mosque
of Shah Alam. Fresh from yesterday's taraweeh congregation (with some echoes
due to the dome-like proportion of the masjid). Suara mirip Sudais, dengan
alunan suara yang lunak bersama pitching yang selari dengan maksud ayat yang
dibaca; tetapi tanpa hilang rasa sentuhan keMelayuan pada masa sama tak
terlampau mendayu-dayu. To me he's Malaysia (or Shah Alam) 's very own
'Malay' Sudais.

Eid Mubarak


Zul
Shah Alam

-------------------------------------------------------------------------------------

p/s: (I made the bacaan as the blog's background music) I miss listening to this kinda bacaan, never get tired of it. Bloom's masjid tak brapa berlagu sangat, lebih pada monotone. Sudaisi is my mom's favourite, I love it too but I think I prefer Masya'ari punye bacaan. Kalau terawikh memang susah nak ngantok, kedua-duanya punya lenggokan lagu yang mengesan di hati.


posted by Hana' at 11/02/2005 08:23:00 PM |

~~~*~~~