Ya Muqallibal-Quluub,
Thabbit Qulubana 'ala Diinik

About Me
Hana' Wan Harun aka Hana' Fathiah
Married to the macho Mazri Mahmood
Guar Perahu,
Bkt Mertajam,Penang
Bloomington,IN
Tanjung Malim, Perak
Love travelling, books,
nasyeed, outdoor
Rebutia, Anime



Highly Recommended
alMaghrib
Durbah
EmanRush
Khutbah
MisgOnline

MalaysianMade

Indiana University
Indiana University, Bloomington
Webmail
Oncourse
Onestart
Insite
SRSC
Find People
C Bus
E Bus

Friends
Mazri Mahmood
Judd
Muiz
Brother Faiz
Shah
WanZu
Imran
Zaid
Zakri
Zacharias
Yeop Mayuru
Irfan
Kak Lynn
Kak Sarimah
Kak Ina
Kak Amy
Maisarah
Asriah
Fairuz
Awla
Insyirah
Dot
Afzan
Futuredoc

Media
Utusan
Berita Harian
Harakah
Aljazeera
CNN
Ikim
Radio Ummah
Radio Nurhidayah
Misg.fm

Stuff
Hotmail
Yahoo
Gmail
My Friendster
My Fotopages 1
My Fotopages 2
Resepi Mesra.net
Fruits Basket
IUCU
Providian
Maybank2u

Archives
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009

Tagboard
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Credits
Blogger
Blogskins
Layout


Friday, May 20, 2005

Follow-up : Antara Siti Nurhaliza dan Raihan

Assalamualaykum wht,


Raihan - Masih nombor satu

Oleh ABD. AZIZ ITAR

RAIHAN sudah membuktikan bahawa irama nasyid yang mereka bawakan sejak lapan tahun lalu bukanlah muzik sembarangan.

Album sulung Raihan berjudul Puji-Pujian (1997) muncul sebagai album tempatan paling laris dengan jualannya melebihi 750,000 unit.

Malaysia Book of Records turut mengiktiraf Puji-Pujian sebagai album paling laris apabila ia dijual 200,000 dalam masa dua bulan.

Lima lagi album Raihan yang lain juga tidak kurang hebatnya apabila ia turut mendapat sambutan peminat tempatan dan juga di luar negara.

Kini Raihan yang dianggotai oleh Che Amran, Nazrey, Abu Bakar dan Amran sedang mempromosikan satu lagi album terbaru mereka, sebuah album kompilasi yang diberi judul Iqra' Koleksi Terbaik Raihan 1 Dekad.

Pencapaian Raihan sebenarnya bukan setakat daripada segi jualan album tetapi mereka juga adalah artis tempatan yang paling berjaya di luar negara.

Perkara itu dapat dilihat daripada persembahan-persembahan yang pernah mereka adakan antaranya di Kuwait, Afrika Selatan, United Kingdom, Perancis, Scotland, Thailand, Australia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Mega sempat bertemu empat anggota kumpulan Raihan untuk berkongsi pengalaman mereka memperjuangkan irama nasyid.

Apakah rahsia kejayaan yang membuat Raihan mampu bertahan hingga kini?

AMRAN: Rahsia kejayaan Raihan ialah setiap album kami berkonsepkan infotainment. Selain berhibur, lirik lagu kami berunsurkan nasihat, ketuhanan dan pendidikan. Sebab itu lagu-lagu Raihan diminati oleh semua lapisan usia tidak kira tua atau muda. Selain itu, Raihan tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi, malah penampilan dan imej kami juga sederhana sepanjang masa.

Kejayaan terbesar Raihan di luar negara?

CHE AMRAN: Kejayaan terbesar kami di luar negara apabila kami mengadakan tujuh konsert di tujuh buah bandar utama di Perancis pada 17 hingga 27 Disember tahun lepas. Tujuh bandar itu ialah Bourdeux, Marseille, Nantes, Strasbourg, Lille, Lyon dan Paris.

Konsert Raihan yang sukar dilupakan?

CHE AMRAN: Kami diundang oleh Ratu Elizabeth (England) untuk mengadakan persembahan di hadapan ketua-ketua negara Komanwel sempena Persidangan Negara-Negara Komanwel di Edinburgh, Scotland pada tahun 1997. Tahun 1998 kami diberi peluang berjumpa dengan Ratu Elizabeth sewaktu beliau melawat Malaysia sempena Sukan Komanwel yang ketika itu berlangsung di Kuala Lumpur. Ratu Elizabeth menyampaikan penghargaan bagi pihak Putera Charles yang tertarik dengan persembahan kami sewaktu di Edinburgh.

Apakah konsert yang paling memeranjatkan anda?

NAZREY: Konsert Raihan di Singapura pada 17 Ogos 1997 adalah konsert yang paling memeranjatkan kami. Ini kerana, konsert itu disaksikan hampir 10,000 penonton walaupun ketika itu album pertama Raihan belum berada di pasaran. Selain itu, kami juga tidak dapat melupakan konsert kami yang diadakan di stadium tertutup Bandung, Indonesia pada Oktober 2003. Konsert itu disaksikan oleh lebih 5,000 penonton dan ia disiarkan secara langsung ke seluruh Indonesia melalui stesen televisyen Indosiar.

Apakah saat paling sedih sepanjang pembabitan anda bersama Raihan?

NAZREY: Bagi saya, saat paling sedih apabila Zairi (anggota Raihan) meninggal dunia pada 29 September 2001. Dua minggu pertama beliau meninggal dunia, saya sukar menghayati lagu-lagu Raihan kerana saya masih teringatkan Allahyarham. Saya sukar melupakan Allahyarham kerana dia adalah kawan karib saya. Kami sudah bersama-sama menyanyikan lagu-lagu nasyid sejak lima tahun sebelum Raihan ditubuhkan.

Ada orang kata muzik Raihan tidak maju ke depan kerana masih mengekalkan konsep unplugged dan hanya menggunakan alat-alat muzik tertentu sahaja seperti gendang dan kompang. Apa komen anda?

ABU BAKAR: Kami mahu menampilkan kesederhanaan dalam semua perkara termasuk dalam bidang muzik. Kami tidak kisah dengan komen seperti itu. Apa yang penting, mesej dalam lirik lagu kami sampai kepada para pendengar. Bagi kami, dalam nasyid, muzik tidak penting, tetapi yang penting ialah lirik dan mesej yang hendak disampaikan. Kami bangga kerana mengetengahkan alat-alat muzik gendang seperti rebana, gendang sunda, kompang, angklung, gendang Jawa dan gamelan. Bagi saya, inilah world music kita yang sebenar. Perlu diingat, bukan semua orang boleh bermain alat-alat muzik itu.

Untuk konsert seterusnya, negara manakah yang akan dikunjungi oleh Raihan selepas ini?

CHE AMRAN: Insya-Allah pada 16 Julai ini kami akan mengadakan konsert di taman tema Paramount Wonderland, Toronto, Kanada khusus untuk menghiburkan para pengunjung di sana yang beragama Islam. Undangan itu kami terima daripada pemilik taman tema itu, William Kritz. Dia (Kritz) dapat tahu tentang Raihan selepas melayari laman web kami.

Iqra' Koleksi Terbaik Raihan 1 Dekad, dipasarkan sejak 9 Mei baru-baru ini. Boleh ceritakan, apa istimewanya album ini.

NAZREY: Sebenarnya ramai yang minta kami hasilkan album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu popular Raihan. Jadi album ini dibuat dengan memuatkan lagu-lagu popular daripada lima album Raihan sebelum ini. Ada 15 lagu dalam album ini. Dua daripadanya adalah lagu bonus iaitu Assalamualaikum versi solo. Sebelum ini Raihan pernah rakamkan lagu ini dengan Tan Sri S.M.Salim. Tapi dalam album ini, lagu itu kami rakamkan semula tanpa Tan Sri. Satu lagi lagu bonus, kami berikan judul Bacalah. Mesej lirik lagu itu menekankan betapa pentingnya menuntut ilmu walaupun hingga ke negeri China seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W lebih kurang 1,400 tahun lalu. Lirik yang ditulis oleh Che Amran dan Amran itu juga menyuruh kita supaya menghargai usia dan masa.

-------------------------------------------------------------------------------------

Komen penulis: It speaks for itself


posted by Hana' at 5/20/2005 03:20:00 AM |

~~~*~~~