Ya Muqallibal-Quluub,
Thabbit Qulubana 'ala Diinik

About Me
Hana' Wan Harun aka Hana' Fathiah
Married to the macho Mazri Mahmood
Guar Perahu,
Bkt Mertajam,Penang
Bloomington,IN
Tanjung Malim, Perak
Love travelling, books,
nasyeed, outdoor
Rebutia, Anime



Highly Recommended
alMaghrib
Durbah
EmanRush
Khutbah
MisgOnline

MalaysianMade

Indiana University
Indiana University, Bloomington
Webmail
Oncourse
Onestart
Insite
SRSC
Find People
C Bus
E Bus

Friends
Mazri Mahmood
Judd
Muiz
Brother Faiz
Shah
WanZu
Imran
Zaid
Zakri
Zacharias
Yeop Mayuru
Irfan
Kak Lynn
Kak Sarimah
Kak Ina
Kak Amy
Maisarah
Asriah
Fairuz
Awla
Insyirah
Dot
Afzan
Futuredoc

Media
Utusan
Berita Harian
Harakah
Aljazeera
CNN
Ikim
Radio Ummah
Radio Nurhidayah
Misg.fm

Stuff
Hotmail
Yahoo
Gmail
My Friendster
My Fotopages 1
My Fotopages 2
Resepi Mesra.net
Fruits Basket
IUCU
Providian
Maybank2u

Archives
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009

Tagboard
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Credits
Blogger
Blogskins
Layout


Saturday, June 04, 2005

Could it be more ridiculous than this?

Assalamualaykum wht,

------------------------------------------------------------------------------------
Bazir wang rakyat -- Jika bekal jarum suntikan, kondom kepada penagih dadah

Oleh: ZAINI RABAN

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan Selangor dan Terengganu tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Cadangan kementerian tersebut, walaupun bertujuan baik, tetapi hanya membazirkan wang rakyat. (*bukan shj membazirkan wang rakyat, niat kasik free tu awal2 dah memang 100% tak kena)

Di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat, Datuk Abdul Rahman Palil menegaskan, cadangan Kementerian Kesihatan bukan sahaja tidak sesuai, malah didapati tidak berkesan seperti dibuktikan di negara-negara Barat yang telah cuba melaksanakan kaedah berkenaan.

Kalau kerajaan mahu memberi jarum dan kondom secara percuma kepada penagih ia akan menelan belanja yang lebih besar dan sudah tentu ia akan merugikan kerajaan kerana jumlah penagih di negara ini ramai. ( *bukan masalah ramai tak ramai, masalahnya..ibarat tak nak kasik org mencuri kena tangkap polis, jadi..awal2 dah kasik tips2 supaya pencuri tu tak kena tangkap. Tapi, bukankah mencuri itu terang2 lagi bersuluh dah, namanya dosa).

"Selama ini kita telah menjalankan usaha pencegahan dadah dengan baik, jadi lebih baik kita teruskan usaha berkenaan daripada kita membazirkan wang kepada langkah yang belum tentu boleh memberi kesan yang baik kepada negara," katanya. (*betul tu..teruskan usaha yang masuk akal skit..., memang la nak betulkan org ni payah. Nabi Nuh sampai amik masa beratus tahun nak ajak org kembali ke jalan yg benar)

Menurut beliau, sepatutnya keutamaan kerajaan ialah meningkatkan lagi program pencegahan dadah khususnya di kalangan pelajar sekolah dan belia. (betol la sangat2, langkah pencegahan lain ada de banyak lagi, cara yg pelik tu jugak dia nak buat)

"Selain itu, kita juga perlu lakukan pengasingan penagih dadah kerana ia lebih sesuai dan ia telah terbukti berjaya sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor di Pulau Carey, Banting,"tambah beliau.

Dalam hal ini, Abdul Rahman menarik perhatian bahawa kerajaan Selangor juga sedang membina kemudahan dengan konsep yang sama di Hulu Selangor.

"Kita kumpulkan mereka, bagi rawatan dan sumber pendapatan, insya-Allah dengan cara itu kita akan lebih berjaya," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Belia di sini, hari ini.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek mencadangkan, penagih dadah diberikan jarum suntikan dan kondom percuma di bawah program perintis selama enam bulan. (*pulak..nama pun program perintis...)

Program itu yang dikenali sebagai, 'Program Mengurangkan Kemudaratan Kesihatan Kepada Penagih Dadah' akan melibatkan 1,200 penagih sukarela.

Peserta program itu kemudian akan menjalani rawatan selama enam bulan, masing-masing di 10 klinik kerajaan dan 10 klinik swasta terpilih membabitkan kos antara RM2.3 juta hingga RM3 juta.

Program tersebut dibahagikan kepada empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur serta dikendalikan Kementerian Kesihatan bertujuan mengurangkan jangkaan lebih sejuta penagih dadah dan 300,000 pembawa HIV positif menjelang 2015.

Mengikut perangkaan terbaru, 20 kes baru HIV dilaporkan setiap hari dan menjelang 2015 dianggarkan ada 300,000 pesakit HIV dan lebih sejuta penagih dadah.

Menurut Abdul Rahman, satu lagi cara paling berkesan dalam mengatasi masalah penagihan dadah ialah dengan memberi didikan agama yang secukupnya kepada generasi muda.

Katanya, pembinaan jati diri dan kerohanian di kalangan anak muda merupakan benteng yang paling utuh bagi menghindari mereka daripada gejala dadah.

Di TERENGGANU, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Ramli Noh berkata, cadangan itu sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa terlebih dahulu.

Tegas beliau: "Ia melibatkan kenyataan hukum dan fatwa. Ia suatu benda untuk menggalakkan suatu benda yang akibatnya sudah cukup buruk dengan perlakuan yang bertentangan sama sekali dari sudut agama dan moral."

"Kita berikan jarum suntikan dan kondom percuma, ia beri gambaran seolah-olah kita benarkan penagih itu terus melakukan apa yang telah biasa dilakukan menggunakan alat-alat itu," katanya.

Ramli mengakui, langkah itu memang salah satu kaedah mencegah. Bagaimanapun, beliau mempersoalkan kewajarannya sama ada ia baik dan berkesan serta tidak bertentangan dengan agama.

Kementerian Kesihatan tak wajar cari kaedah untuk menyelesaikan masalah dengan kaedah yang menimbulkan masalah.

"Hasrat kerajaan tentunya demi kebaikan rakyat, tetapi apakah ia benar-benar boleh bawa kebaikan kepada rakyat ketika negara berhadapan dengan masalah dadah dan HIV," tegasnya.

------------------------------------------------------------------------------------

Penagih yang menerima alat2 ini bukan sahaja bertambah seronok dengan merasakan bahawa mereka di beri moral support oleh kerajaan, tetapi juga akan bertambah la bilangan penagih, aktiviti penagihan, aktiviti zina yang berleluasa apabila segalanya boleh didapati dengan mudah dan FREE...yeayyy...hoohaaaahhh untuk sume penagih penzina dan bakal2 penagih dan penzina ^ - ^.

* Sungguh tak appropiate sekali nada tone di atas.
Tapi, bayangkanlah..kalau nada pun dah tak appropiate, apakan lagi action memberi alat2 free tersebut.


posted by Hana' at 6/04/2005 05:48:00 AM |

~~~*~~~