Ya Muqallibal-Quluub,
Thabbit Qulubana 'ala Diinik

About Me
Hana' Wan Harun aka Hana' Fathiah
Married to the macho Mazri Mahmood
Guar Perahu,
Bkt Mertajam,Penang
Bloomington,IN
Tanjung Malim, Perak
Love travelling, books,
nasyeed, outdoor
Rebutia, Anime



Highly Recommended
alMaghrib
Durbah
EmanRush
Khutbah
MisgOnline

MalaysianMade

Indiana University
Indiana University, Bloomington
Webmail
Oncourse
Onestart
Insite
SRSC
Find People
C Bus
E Bus

Friends
Mazri Mahmood
Judd
Muiz
Brother Faiz
Shah
WanZu
Imran
Zaid
Zakri
Zacharias
Yeop Mayuru
Irfan
Kak Lynn
Kak Sarimah
Kak Ina
Kak Amy
Maisarah
Asriah
Fairuz
Awla
Insyirah
Dot
Afzan
Futuredoc

Media
Utusan
Berita Harian
Harakah
Aljazeera
CNN
Ikim
Radio Ummah
Radio Nurhidayah
Misg.fm

Stuff
Hotmail
Yahoo
Gmail
My Friendster
My Fotopages 1
My Fotopages 2
Resepi Mesra.net
Fruits Basket
IUCU
Providian
Maybank2u

Archives
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009

Tagboard
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Credits
Blogger
Blogskins
Layout


Monday, June 06, 2005

Iran, China sudah lama beri jarum percuma - Marina

Oleh: SYAHRIL A. KADIR

MARINA MAHATHIR.

KUALA LUMPUR 6 Jun - Iran, sebuah negara Islam konservatif telah melaksanakan program pemberian jarum suntikan percuma kepada penagih dadah sehingga berjaya mengurang serta mengawal penularan jangkitan HIV/AIDS di negara itu.

Malah di sebuah wilayah di China, para imamnya `turun ke padang' untuk memberi jarum suntikan percuma kepada penagih dadah kerana mereka tahu akibat daripada virus ini amat menakutkan dan boleh memberi kesan kepada masa depan umat Islam di sana.

Sehubungan itu, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, pihaknya bercadang membawa beberapa orang ulama dari negara ini ke Iran bagi membuktikan betapa kaedah ini berjaya mengawal penularan wabak HIV/AIDS dan tidak menyalahi syarak.

``Mereka (ulama Iran) berpegang kepada dua prinsip Islam iaitu `jangan memudaratkan diri dan jangan memudaratkan orang lain' dan `bertoleransi dengan kemudaratan kecil bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar,'' katanya.

Marina berkata demikian dalam sesi penerangan media mengenai cadangan memberikan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah oleh Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek dalam kenyataannya minggu lalu berkata, kementeriannya akan menjalankan projek perintis selama enam bulan di bawah Program Pengurangan Kesan Buruk, dengan memberikan jarum suntikan, kondom dan dadah gantian yang dipanggil methadone kepada 1,200 penagih dadah.

Ia akan dilaksanakan di 10 klinik kerajaan dan 10 klinik swasta di empat zon ditetapkan di utara, selatan, tengah dan timur bermula Oktober setelah semua kakitangan perubatan terlibat diberikan latihan secukupnya.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Setakat ini langkah kontroversi itu ditentang oleh kerajaan Selangor dan Terengganu. Melaka menyokong sementara yang lain-lain masih belum membuat keputusan.

Sementara itu, Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Jabatan Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman menegaskan, tiada siapa di dunia ini yang mahu menggalakkan penagihan dadah dengan membekalkan jarum suntikan percuma, tetapi kajian membuktikan kaedah itu berjaya mengurangkan penularan HIV/AIDS.

"Bayangkan jika beribu-ribu penagih yang dijangkiti HIV/AIDS di negara ini berkongsi jarum dengan rakan mereka yang tidak mempunyai penyakit itu, seterusnya menyebarkan penyakit itu kepada isteri (melalui hubungan seks), dan si isteri pula pada anak yang dikandung, jumlah yang dijangkiti kelak akan bertambah berkali-kali ganda.

"Sekurang-kurangnya kalau kita bagi jarum yang bersih, ia akan menyekat penularan wabak tersebut, itu pun bukannya kita bagi macam di `pasar ikan', mereka perlu kembalikan dulu jarum suntikan asal untuk kita musnahkan sebelum diberi jarum yang baru,"katanya pada sesi yang sama.

Bagi bekas Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zaman Khan pula, kos sebenar pemberian jarum dan kondom percuma kepada penagih lebih murah dan berjaya menghalang penularan HIV/AIDs berbanding peruntukan besar yang terpaksa dibelanjakan bagi memulihkan ribuan penagih yang hasilnya terbukti gagal dan mengecewakan.

"Jangan cakap pasal kos, cuba bayangkan dah berbilion-bilion ringgit kerajaan belanja untuk mengawal, menangkap dan memulih mereka yang terlibat tetapi apa yang kita dapat, malah HIV/AIDS makin merebak," katanya yang pernah kehilangan dua orang sanak saudaranya kerana menghidap penyakit berbahaya tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------

Hmm..ada betul dalam salahnya, ada salah dalam betulnya...
Mari kita tunggu apa kata para ulama' di Malaysia.


posted by Hana' at 6/06/2005 04:33:00 AM |

~~~*~~~