Assalamualaykum wht,
The First Day of School Phewww..it was quiet a day. All my classes require me to do the readings before coming to class since there will be a significant percentage of participation points. Kalau summer dulu senang untuk bermalas-malasan, Fall kali ini flownya beralih arah pula. Kena banyak bercakap di tengah kelas, kena biar cikgu recognize, kena lebih active kata orang jawa. I have a theory that semakin kita membesar, system pembelajaran kita semakin lama semakin menyenangkan. I am not talking about the materials, which of course belajar makin lama makin complex materialsnya. What I am talking here is the system. Kalau dulu kat sekolah kena bangun awal2 pagi sebelum subuh, mandi, kena sarapan, tunggu bus, masuk kelas dari jam 8 hingga 3 petang. Kalau yg asramanya pulak tak habes time tu aje, ada pulak prep petang, sambung prep malam. Pastu kalau dah nak sampai time peksa tu stay up la pulak sampai 3, 4 pagi. Pergghhh.... But when someone is admitted into a higher ground of an educational system, semua benda2 nih dah jadi minor, jadi flexible, jadi benda yang optional. Kelas boleh nak datang, boleh tannak datang. Cikgu tak penahnya nak kisah, (dia ckap la...tapi mesti la dia kesah punye jugak. Kalau satu kelas tak datang, mau kena jawab dengan Dean nanti, kan..) Lagi satu, toksah gaduh la nak serika2 baju pi sekolah, nak kapur2 kasut bagi putih cam benggali roti, nak roll- call pepagi buta, nak ada tugasan sapu sampah dalam kelas, nak ada monitor kelas, haa..macam2 la..tak larat doh nak sebut satu-satu. Another example yg tak leh tinggal ialah, kelas boleh susun sendiri. Nak subject apa, nak pukul brapa, nak hari apa..sume flexible. At one time at Sunway College, I only had 3 days of classes, no classes on Mondays and Fridays. That's how I can berpoya-poya dekat Rebutia lama2 tuh..hhuhuhuu..... Tapi untuk merasai kenikmatan belajar yang penuh dengan flexibility ini, kena la pass dulu yang high school nih, belajaq biar elok2, kuar result power2...baru la bole merasai alam remaja kolej...... (^ - ^) *With great flexibililty, comes great responsibility....haaa..... posted by Hana' at 8/31/2005 05:40:00 AM |
Ahmad
Assalamualykum wht, This is a story about my youngest brother, who is currently in standard 2. Along: Mak dah breakfast ke? Mak: Dah, kami kat rumah Mak Lang ni. Ahmad sorang je tak makan. Dia puasa hari ni. Along: Ahmad puasa hari Sabtu? Mak: Puasa Rejab katanya. Bila abah tanya pulak lepas tu, dia jawab, dia tengah qadha' puasa dia yg lepas ...hihihih... Along: Eheheh, puasa qadha' dia tu kira yang dia tinggal dari umur brapa tahun..? ^-^ posted by Hana' at 8/28/2005 12:06:00 PM |
Entry tadak tajuk
Assalamualaykum wht, Alhamdulillah, everything looks smooth and fine. I am nearly finished with stuffing my stuff into big boxes to be shipped to Malaysia next week. This requires me to drive to Chicago to hand in the boxes myself since Encik Kamal is so busy during the weekend. I hope I bought enough things to everybody, I don't want to be.." ayyaa..kat makcik nih tak beli pape pong..., masalah, masalah.." when I come back to Malaysia. Jenuh laa nak cover nanti... At the moment, my home feels empty. All my cute little things on the drawer are gone, no more funny stuff decorating my room, all pictures and frames on the wall are all gone too. And tomorrow, I'll be packing my good friend Mr. Desktop into a box. Then, I'll be waiting for a new partner in crime, HP dv4000. School soon starts. I am taking 12 credits this semester. My last semester. Hope my brain works fine, and not distracted by the notion that I am going back to Malaysia tanah tumpah air mataku within 3 months. Can't wait to see everybody!! p/s: Background music is a tribute to Inu Yasha's fans..which is likely none of you. Title: My Will *It was really an enjoyable moment watching all 167 episodes...ugghh.. I really miss those silly episodes....sob sob.... posted by Hana' at 8/27/2005 03:01:00 AM |
Assalamualykum wht,
My Will I knew all too well about pretending to be strong However, since then, my hesitation has disappeared I think there is something I want to show you A lot of words I wanted you to tell me as well I wanted to see your face both laughing and in tears I'll stop waiting and seize the chance! I have been thinking of you And I feel that, just that, will make my heart stronger No matter the time I'll be wishing on these fleeting feelings Like..I'm reaching out to you.... posted by Hana' at 8/25/2005 02:54:00 PM |
PERSEDIAAN MENCARI LAILATUL QADAR. Siri 2
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin menyatakan 4 persiapan zahiriah untuk kita melakukan qiamullail. Mengurangkan makan dan minum. Terlalu banyak makan dan minum akan menyebabkan mengantuk dan banyak tidur. Seorang sufi menasihati muridnya, “wahai muridku, janganlah makan berlebihan, jika kamu berbuat begitu, ia akan menambahkan tidurmu dan kamu akan menyesali ketika maut tiba. Tidak melakukan kerja² yang terlalu berat berlebihan (bukan bermakna tidak bekerja keras) kerana ia juga menyebabkan banyak tidur. Melakukan Qailulah – tidur sekejap diwaktu siang (terutamnya sebelum waktu Dzohor). Sebagai amal sunah untuk bangun dimalam hari. Tidak melakukan sebarang dosa di siang hari kerana ia akan mengeraskan hati dan menyekat Rahmat Allah. Sufyan Al-Thauri berkata: 'Oleh kerana satu dosa sahaja, aku telah tertahan daripada mengerjakan sembahyang selama lima bulan'. Beliau ditanya: 'Dosa apakah itu?' Jawabnya: “Aku berburuk sangka apabila melihat seorang menangis dengan berkata: 'Beliau melakukan ini kerana menunjuk-nunjuk'. Sheikh Abdul Hamid Al-Kesyk dalam bukunya 'Warathatul Firdaus' menyarankan supaya kita tidur dalam keadaan bersuci (Thaharah) supaya tidur itu diberkati Allah, maka dengan mudah kita akan terjaga dari tidur untuk mengerjakan ibadah kepadaNya. Imam Al-Ghazali juga menyatakan ada 4 juga persediaan batiniah atau jiwa yang perlu dipupuk supaya timbul keinginan yang mendalam untuk mengerjakan Qiamullail: Bersihkan diri dari kebencian terhadap saudara seagamamu, hindarilah bid'ah (perkara baru dalam agama) dan kurangkan kebimbanganmu terhadap kehidupan dunia ini. Sekiranya seorang itu dirasuk kebimbanga yang amat sangat terhadap urusan duniawinya, amatlah susah baginya untuk bangun malam. Urusan dunianya akan datang menggangunya diwaktu ia bersembahyang. Tanamkan sifat takwa yang mendalam di dalam hati. Apabila seorang itu teringatkan kedahsyatan azab api neraka, dengan mudah ia akan terdorong untuk bangkit dari tidurnya untuk megerjakan Qiamullail. Mengetahui segala kelebihan dan keutamaan sembahyang malam dan tanamlah azam yang kukuh untuk mendapatkannya. Dorongan yang kuat akan timbul apabila seseorang itu mengerti akan ganjaran dan kedudukan sebenarnya hasil daripada sembahyang malam. Tanamakan sifat cintakan Allah nescaya kamu akan merindui sembahyang malam itu memberikan kesempatan supaya kamu berbisik² dan berbicara dengan Allah. Allah mengetahui segala penyakit hati dan segala keburukannya. Mohonlah keampunan di atas kejelekan (keburukan) hatimu itu. Apabila cinta kepada Allah telah tersemai, kamu akan rindukan detik² pertemuanmu dengan Allah. Seorang ulama', Fudhail bin Iyadh berkata: :Apabila matahari telah terbenam, aku merasa begitu gembira kerana di dalam kegelapan aku dapat bersama-sama dengan Tuhanku, apabila matahari sudah naik kembali aku merasa sedih kerana manusia akan mencampuri aku pula'. Seorang ulama' pula berkata:'Kegembiraan yang dirasai oleh seorang Abid semasa munajatnya kpeda Allah dimalam hari boleh diibaratkan seperti kegembiraan seorang hamba di syurga kelak'. Bila Hassan Al-Basri ditanya: 'Mengapa orang² yang bersembahyang malam lebih berseri dari orang² yang tidak bersembahyang malam?' Jawabnya: 'Sebab mereka bangun dimalam hari dan berada bersama-sama dengan Allah dan menceduk Nur dariNya '. Akhirnya, marilah bersama2 kita berusaha untuk bangun bertahajjud dan munajat di malam2 terakhir sebelum tibanya Ramadhan, agar bila tibanya kita sudah terbiasa dan bersedia untuk mencari dan memburu lailatulqadar. Di sini saya ingin mencadangkan satu usaha untuk kita dapat bersama2 bertolong bantu dalam usaha ini. kita bentuk beberapa kumpulan dengan cara mempersaudarakan 2 orang ikhwah/akhawat. Namun syaratnya ialah setiap ikhwah perlu memiliki 2 kumpulan. Sebagai contoh: kump 1 : AQ dan NI. Kump 2 : AQ dan ZA. Kump 3 : NI dan NA. Kump 4 : ZA dan TA. Dll. Dalam arti kata yang lain seorang ikhwah mempunyai 2 orang ikhhwah dari 2 kumpulan yang berbeza. seterusnya, setiap anggota kumpulan yang bangun awal perlu bertanggungjawab memastikan setiap saudaranya untuk bangun malam dengan cara mengejutkannya dengan apa juga usaha anda. Cth: buat miss call sampai dia balas. Kalau nak call terus lagi baik. Sebagai contoh : AQ bangun awal, perlu buat miss call pada NI dan ZA. Mereka yang kene miss call ni perlu balas. Tanda dah bangun. NI bangun dan buat miss call pada AQ dan ZA. ZA bangun dan buat miss call pada TA dan AQ. TA bangun dan buat miss call pada akhi dia yang lain. Dan begitulah seterusnya. Saya sangat berharap antum faham dengan cara tersebut. Dengan ini kita dapat memastikan semua ikhwah kita dapat turut serta dalam qiamullail. Walau berjauhan kita tetap dapat bersama. Bersama menjaga 'tepi kain orang lain' untuk kemaslahatan diri dan ummah. Bersama memanfaatkan kemudahan teknologi untuk memperkasa diri dan ummah. Wallahu a'lam. Sekian. Ibnu ummu aainaat Selangor posted by Hana' at 8/25/2005 09:51:00 AM |
Assalamu'alaikum wr.wb.
Alhamdulillah wassalatu wassalamu 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa shohbidi wa sallam. Wa ba'd, PERSEDIAAN MENCARI LAILATUL QADAR. Siri 1 Ikhwah akhawat yang dirahmati Allah, Penulisan saya kali ini agak panjang, namun saya mengharapkan semua ikhwah dan akhawat dan sidang pembaca dapat tabahkan hati dan menguatkan semangat untuk membacanya hingga ke penghujungnya. Moga kita dapat sedikit iktibar dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. Ikhwah dan akhawat yang dihormati, Lailatul qadar merupakan suatu anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah kepada umat manusia di akhir zaman ini. Jika kita menyedari hakikat bahawa umur kita untuk menikmati kehidupan di dunia dan mengumpul bekalan untuk perjalanan akhirat tidak sama dan sangat singkat jika hendak dibandiangkan dengan umur umat2 terdahulu, sehinggakan ada para sahabat yang mengadu hal yang demikian pada Rasulullah saw, maka dengan anugerah lailatul qadar yang dikurniakan Allah pada kita di bulan Ramadhan, kita akan merasakan anugerah tersebut merupakan anugerah yang teramat istimewa. Kerana dengannya kita dapat menyaingi umat2 terdahulu dalam mengumpul bekalan akhirat dalam tempoh yang singkat. Namun begitu lailatul qadar yang dijanjikan itu tidaklah mudah untuk miliki kerana hadirnya tidak dinyatakan dan tidak ditentukan harinya secara jelas oleh Allah swt. Justeru, kita perlu mencari-cari dan mengintai-intai akan tanda2 kehadirannya. Oleh yang demikian, maka kita perlulah mengambil langkah-langkah persediaan untuk mencari dan mendapatkannya. Dan persediaan yang paling utama sekali ialah persediaan dengan Qiamullail, kerana hanya dengan berjaga malam sahaja kita dapat mencari dan memperolehinya. Justeru itu, sebelum tibanya bulan yang terkandung di dalamnya lailatul qadar itu, kita perlu membiasakan diri dengan berjaga di malam hari untuk bertahajjud, berzikir dan bermunajat, di saat insan lain lena di buai mimpi yang mempesona, agar kita nanti tidak merasa letih dan tidak bermaya dek kerana tidak mempunyai tenaga dan semangat yang kuat untuk berdiri, ruku' dan sujud dihadapan Allah, supaya nanti kita dapat memburunya dengan tenaga dan semangat yang membara. Qiamullail bukanlah semudah bibir melafazkan kata-kata, ia tidak semudah lidah yang melentur melontarkan bicara, atau semudah jemari yang menuliskan madah pujangga. Semua kita pasti sudah merasai payahnya untuk bangun di tengah malam untuk beribadah walaupun hanya sekadar untuk bersolat 2 raka'at. Mata kita sukar untuk dicelikkan, tubuh badan kita sukar untuk digerakkan, bahkan tangan kita terasa berat untuk menyelak sehelai selimut yang hanya seberat pakaian kita. Berbeza pula keadaannya, apabila kita bangun di tengah malam hanya untuk melihat 'kotak hitam' yang menayangkan program kegemaran kita. Kit behkan sanggup menahan rasa penat dan mengantuk hanya untuk menonton aksi-aksi bintang pujaan manusia. Selimut yang dirasakan berat ketika hendak bangun malam kerana bertahajjud, terasa ringan ketika hendak bangun kerana 'hobi'. Persoalannya adalah mengapa keadaan ini berlaku? Sudah pasti jawapannya ada pada diri kita. Ikhwah dan akhwat yang dikasihi, Beribadah memang memerlukan mujahadah, kerana syaitan tidak pernah redha melihat umat manusia taat pada perintah Allah. Syaitan tidak akan pernah senang dengan usaha manusia untuk menjejaki kasih dan cinta Allah. Oleh kerana itulah syaitan selalu menggoda dan menghasut nafsu dan fikiran manusia untuk sentiasa malas beribadah. Ia akan selalu membisikkan kata-kata manis dan menjadikan pandangan kita melihat indah pada suatu kelalaian, kejahatan, kemungkaran dan kefasikan. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdo’a agar terhindar dari bisikan dan hasutan syaitan. Marilah kita bersama-sama menguatkan semangat untuk bermujahadah melawan hawa nafsu dan bermujahadah dalam setiap amal ibadah. Bersambung... Wallahu a'lam. Sekian. Ibnu ummu aainaat Selangor posted by Hana' at 8/24/2005 09:48:00 AM |
Assalamaualaykum wht,
Niagara Falls Alhamdulillah, our little trip to Niagara Falls went smoothly, even though we only had 1 driver and 3 total 'explorers'. We took a boat along the river, and we came as near as we can towards the Falls. Even that big distance didn't keep us from getting all soaked and wet by the falls' big splashes. Niagara Falls consist of two major falls, one is called the American Falls, and the other one is the Horseshoe Falls. The American Falls got the name because it is located in the USA, kat tepi border New York. The Horseshoe Falls got the name because the shape looks like a horseshoe...I guess laa.. Niagara Falls is indeed one of the most amazing, beautiful, romantic places on earth. MasyaAllah, I never imagined I would witness these fantastic Falls with my own eyes. Their greatness would make you think of the Greates Power of all. To enter Canada, other than US citizents have to ask permission from the Canadian Consulate. It took us more than 2 hours just to setlte things down. Sampai kat immegression dia pun kena pi stamp lagi passport, even though my two friends already had their visas approved by the consulate. Oo..and they had to pay $65 or something like that for that visa thing. Orang kata, Niagara Falls boleh celup2 kaki kalau kita dari US, tapi pemandangan dari Canada lagi lawa..... Satu benda terkilan, malam tuh tak blajar lagi amik gambar malam tanpa bergerak. Time malam nih, kalau gerak skit ..kaburnya banyak...Al-makulmlah, selain drpd orgnya yg mmg tak brapa pro lagi , camera pun lebih kurang baru baru berjinak-jinak dgn tuannya....hohohoho... Lagi satu, susahnya nak amik gambar kat tepi Falls nih, adalah kerana percikan2 air falls tu sentiasa je membasahi kitowang. So, tak leh nak concentrate time amik gambo...hohohoho..alasan..alasan...dah tak terror amik gambo tu ngaku je laaa, cik Hana' oii... (^ - ^) Please click here if you wish to view the pictures hann.fotopages.com More pictures coming up!! posted by Hana' at 8/23/2005 06:51:00 PM |
Assalamu'alaikum wr. Wb.
Persediaan dengan do'a ini adalah persediaan dengan kejiwaan dan hati. Sesungguhnya Rasulullah saw berdo'a supaya bertemu Ramadhan sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ahmad – dengan isnad yang daif – daripada Anas ra katanya: Sesungguhnya Rasulullah saw apabila memasuki bulan Rejab maka ia berdo'a: ALLAHUMMA BAARIK LANAA FII RAJAB WA SYA’BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami pada Bulan Ramadhan". Al-Maala bin Fadhl berkata: "sesungguhnya mereka berdo'a kepada Allah selama enam bulan sebelum Ramadhan agar dipertemukan dengan Ramadhan dan berdo'a selama enam bulan selepas Ramadhan agar amalan Bulan Ramadhan mereka diterima". Yahya bin Abi Kathir berkata: antara do'a orang2 saleh ialah: "ya Allah, jumpakan aku dengan Ramadhan dan serahkan Ramadhan kepadaku. Terimalah amlan yang aku lakukan padanya.". Selain kita berdo'a sebagaimana Rasulullah berdo'a, saya ingin mengingatkan ikhwah akhawat semua untuk bersama-sama kita mengemas kini bacaan do'a kita. Maksudnya ialah, kita perlu memperbaiki do'a kita baik dari segi bacaan do’a mahupun intipati do'a yang kita pohonkan. Biarlah kita faham maksud do'a yang kita pohonkan. Biar bacaan do’a kita itu selari dengan apa yang kirta hajatkan. Seterusnya kita tambahkan hafalan do'a kita. Agar kita dapat berdiri lama untuk berdo'a dalam Qunut kita di separuh akhir ramadhan nanti. Agar kita dapat sujud panjang dalam munajat Tahajjud kita di malam-malam ramadhan, terutamanya di sepuluh malam terakhir. Tidak lupa do'a untuk semua saudara kita di seluruh pelusuk dunia ini mendapat keamanan, kedamaian, kesejahteraan dalam iman dan islam. Dan kehancuran musuh-musuh islam di seluruh dunia ini. Wallahu a'lam. Rujukan: buyutina fii ramadhan (dr. Abd wahid al-wakil) Terjemahan. Terbitan jim johor. Sekian. Wassalam. "abdullah ibnu ahmad posted by Hana' at 8/21/2005 09:39:00 AM |
Selamat Hari Lahir, Abah
Assalamualaykum wht, Sejak kecil kasihmu bersemi, Melindung, membelai dan mendidik kami, Seusia bertambah tahun berganti, Tak pernah dirimu hilang di hati. We Love You, Abah posted by Hana' at 8/13/2005 06:02:00 PM |
Assalamualaykum wht,
Cinta Bukan Milikku Terasa benar pantas masa berlalu... Sedar tak sedar usia masa sudah menjangkau pertengahan Ogos, menerjah awal Rejab yang mulia. Lewat 2 bulan akan datang, akan ke temu semula dengan Ramadhan yang dirindu, itu pun jika dipanjangkan detik nafasku. Terasa banyak yang masih belum beres. Summer yang hanya tinggal 2 minggu lagi terasa sesempit waktu. Seawal penggal baru nanti, jangan harap akan ada masa untuk bersantai-santai begini. Barang untuk diship ke Malaysia seharusnya dalam aturcara, trip ke Niagara Falls mingggu depan akan memenuhi penuh satu minggu yang tersisa. Buku yang pelbagai masih terkaku di atas meja dan di dalam rak hitam itu. Bila lah punya masa untuk menghadam kandungan helaian kertas yang makin pudar kekuningan warna. Hmmm...Inu Yasha lagi... :p Mak dulu pernah bercerita, zaman mak kecil-kecil dahulu, masa berjalan terasa lambat benar. Pagi mak akan terisi dengan mencari kayu api, membasuh baju, memasak dan pergi sekolah. Pendek kata, macam-macam boleh buat, sampai dah tak tau nak buat apa. Tapi sekarang, masa pantas memutus acara. Sudah hampir dengan akhir dunia. Rindu. Rindu pada Malaysia, rindu pada hembusan angin subuh Guar Perahu, rindu pada tiupan pohon nyior di tepi bendang di waktu musim padi lebat berbuah. Rindu pada keluarga, pada teman-teman dan cikgu-cikgu. Masih ada kurang 4 bulan untuk bertemu mereka. Terkadang takut sendiri jika Allah putuskan nafas sebelum rindu terubat. Di kala itu, hati akan terusik, cintakan duniakah aku? Cintakan duniakah aku jika aku takuti mati kerana aku belum berkesempatan melepas rindu pada orang tersayang? Salah dimanakah aku sehingga aku berdoa dipanjangkan usia untuk bertemu kembali dengan mereka? Sejak kecil lagi, mak abah..ustaz ustazah mengajar, cintakan Allah itu paling utama. Seharusnya aku sudah tahu, usia ini dipinjamkan agar dengannya dimanfaatkan mencari redhaNya semata. Aku ini punyaan Allah, dan bila-bila masa sahaja kepunyaanNya berhak kembali kepadaNya tanpa sebarang warning pun. Abah, mak, adik-adik, suami, isteri, girlfriend, boyfriend, dan anak-anak juga pinjaman Allah semata. Manusia ini lemah. Aku ini lemah. Aku ini lemah kerana tidak mampu melepaskan mereka yang kusayang jauh dariku. Aku lemah kerana terlalu sayang kepada kepunyaan yang lain. Kepunyaan yang Esa. Ya Allah, Berilah aku kekuatan untuk menyintai mereka kerana kuasa kecintaan terhadapMu. Berilah aku perlindung untuk merasa redha jika aku pergi dahulu dari mereka, atau mereka pergi dahulu dariku. Berilah aku petunjuk untuk melandaskan kasih dan sayang ini kearah perkara-perkara yang Engkau redhai, ya Rahman.... posted by Hana' at 8/12/2005 06:09:00 PM |
Assalamualaykum wht,
What's Up With Japaness Suff? I would consider myself a free spirit. I love to wonder around....and recently, my spirit found another obsession. Japan and its related stuff. Hmm..what's up with Japaness 'stuff? From my point of view, I do regard Japan as one of the most amazing countries; they have the most fascinating people, most intriguing cultures, most advanced technology, and obviously, they invented what the world call anime. Since it is summer here in Bloomington, I decided to explore more about this unique people by watching Inu Yasha....hohoho....tak tau la relavent ke tak. But here are some new words that I remember just by watching this amazing anime: (yg lain tak ingat, kalau time tengok anime tu baru ingat...kot..) Wakata: got it (cam, saya paham laa) Ino: nothing Daijobu: are you ok? Ko Menne: I am sorry Mate: wait for me Mete: look Suki: like Masaka: no way Soaka: Is it so? (cam ye ke?) Yappari: I know it Mina: everyone Youkai: demon Hanyou: half-demon Miko: priestess Hoshi: monk Otto: father Onee: older sibling Hana: flower Their language is simple, humorable in its own way, and beautiful. But of course, tak leh lawan dengan kepoweran bahasa Arab, lughhatul Quran. But I would say their language could come second :). I would love to go to Japan someday, maybe time honeymoon ke...huhuhuh... I just want to know for sure, are my expectations of this people, this country, this culture, merely imaginations of my own make-belief system or they can be way beyond my current perception Uu..by the way, my current theme song is in Japaness. I do not know even a single word the lyric means (except arigato which means thank you), but I kindda love to listen to it because I think it's cool. I am in the middle of my studying for Friday's exam, and I think its hype tune would keep me awake until after fajr. I think it's a good idea to hear something that I can not understand, yet it's so hyper.... so I can focus more on my notes.... *ha'ah..ye la tuh...... p/s: Please bear with me if you find this entry rather pointless as a matured adult, since I am in a phase of doing silly things, thinking unnecassry matters, and enjoying different materials...lalalalalaala..... posted by Hana' at 8/11/2005 02:39:00 PM |
Assalamualaykum wht,
I deleted my last 2 entries because of some modifications required, plus there are certain parties who do not really approve some parts of the story. But here, I already rearranged everything... for you. Natasya I just stumbled upon an article bringing up an issue of another baby found in a plastic bag, in front of a masjed. Obviously, the customary thing understood here was that small, nearly suffocated baby was a fruit of the loin of another unmarried couple. Whenever I saw or heard this kinda news, my mind would always recall my short, yet unforgettable reminiscence of a 3-months old baby girl that I nearly regarded as my own child. The first time I heard about Natasya was from my younger sister, Afiq. (Wan Fikriah to be exact, I didn't know how her name turned out to sound more like a boy's name)....or was it from Aishah, aissshh..couldn't remember correctly which one of them told me about that girl, since it was nearly 7 years ago when I was in Form 4,..or 5....well, that doesn't matter, does it? :p There was one time, my 3 brothers got into trouble because of eating this mysterious food, and they ended up terdampar in the hospital's beds. So, for the rest of my family, numerous trips to Hospital Seberang Jaya, Penang seemed kindda inevitable. My mom, being as friendly and charming as always, liked to walk around, meet other kids and their parents in that ward. And me, being as nosy as always..hohoho.. always followed my mom cam anak itik pulang petang. Furthermore, I was looking forward to take my first glance at the baby terbuang that my sis always talked about. Kesian woo..bebudak ni, ada yang kena dok dalam kotak transparent, mak dia dok sebelah, tunggu je, speechless while praying hard for her own kid. And that was when it met Natasya. When I first saw her, she was with this 15 year old girl yang dok kat sebelah dia cam nak tak nak je. It turned out that the girl was from Jabatan Kebajikan Masyarakat. She was placed by the people in the Jabatan, rotated la ngan beberapa kengkawan dia untuk jaga si Natasya nih, who was found somewhere alone by herself, while a group of ants dok menghurung dia. ALhamdulillah, she was found before her condition got any worse. Once I knew Natasya, the 3-month old baby with a heart problem, and plus dia selalu dok sengsorang sebab kena tinggal oleh her caretaker, I took the opportunity to get a closer look at her. At first, I was only holding her hand, and caressing her soft, puny body. Than after a while, I started picking her up from her bed, making her botol susu, and even changing her diapers when nobody was around. After a couple of days, Natasya nih dah jadi lebih kurang a family member dalam keluarga kami. Siapa2 yang ziarah my brothers, would also ziarah Natasya. Sampai satu tahap, kami anak beranak bekerjasama dan bergilir-gilir menjaga Natasha. Main-main ngan dia, bergurau senda, ugaga-ugaga-gaga ngan dia, pendek kata. Di manakah penjaga Natasha ini? Hmm..most of the time, kalau bebudak belasan yg jaga, memang kena expect dioarang bergayut kat pondok telephone la. When I was in the hospital taking care of my brother, I always loved walking in the ward alone at night. Bejalan tengok orang, budak2 ni tengah buat apa, tengok parents dioarang, tengok nurse ke hulu ke hilir. So, one night..when I was taking a stroll down the hall, dari jauh lagi kedengaran suara baby sedang menangis. Of course I knew it was Natasya, alone..., sebab lama sangat nangisnye. Kalau ada si penjaga, tentu sudah lama tangisan itu berhenti. When I came to her bed, I picked her up, and dodoi & buai Natasya macam yg mak-mak selalu buat tu. Nurses yang ada sebok sangat kot, sampai tak reti-reti nak angkat kjap baby tuh, tengok dia lapar ke, apa ke. And I think I was pretty mad at those nurses, when I decided to sneak her out from her ward to our room. We had a room just for ourselves since we got 3 sick little boys, senang nak jaga kot. So, I brought her back to our room, close the door, and put her in one of the three beds. And I turned out put to be sleeping in the bed with her when I couldn't ilas (ilahi lastu lil-firdaus...ring a bell?) no more. Pagi-pagi sebelum subuh, tetibe je beberapa org nurse came bursting through our door, muka masing2 gelabah. When they saw I had Natasya with me, they pick her up while yelling some words to me which I couldn't remember since I was too sleepy. I just let them be on their way out of the door peacefully. The next morning, I went to Natasya's bed and suddenly I stopped before resuming my steps. There was a big sign saying something like "Dilarang Mengangkat Bayi Ini sama Sekali" on the wall behind her small bed. Pastu, siap angkat lagi pagar kat tepi bed dia tu kira macam kubu la kot. I thought they had some kindda trouble when realized the baby was gone last night. When I asked permission to play with her, one of the nurses won't allow me. Ye la.... ye la.. I knew la it was my fault. Takkan la nak punish me this way....enggak fair... Hmmm, that's all I remembered about Natasya. Even though I couldn't even remember how her face looked like back then, I wish that she knows that no matter how great her life is, or no matter how hard her life is, there's always another stranger who happens to miss and love her right now. posted by Hana' at 8/10/2005 02:23:00 PM |
|