Ya Muqallibal-Quluub,
Thabbit Qulubana 'ala Diinik

About Me
Hana' Wan Harun aka Hana' Fathiah
Married to the macho Mazri Mahmood
Guar Perahu,
Bkt Mertajam,Penang
Bloomington,IN
Tanjung Malim, Perak
Love travelling, books,
nasyeed, outdoor
Rebutia, Anime



Highly Recommended
alMaghrib
Durbah
EmanRush
Khutbah
MisgOnline

MalaysianMade

Indiana University
Indiana University, Bloomington
Webmail
Oncourse
Onestart
Insite
SRSC
Find People
C Bus
E Bus

Friends
Mazri Mahmood
Judd
Muiz
Brother Faiz
Shah
WanZu
Imran
Zaid
Zakri
Zacharias
Yeop Mayuru
Irfan
Kak Lynn
Kak Sarimah
Kak Ina
Kak Amy
Maisarah
Asriah
Fairuz
Awla
Insyirah
Dot
Afzan
Futuredoc

Media
Utusan
Berita Harian
Harakah
Aljazeera
CNN
Ikim
Radio Ummah
Radio Nurhidayah
Misg.fm

Stuff
Hotmail
Yahoo
Gmail
My Friendster
My Fotopages 1
My Fotopages 2
Resepi Mesra.net
Fruits Basket
IUCU
Providian
Maybank2u

Archives
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009

Tagboard
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Credits
Blogger
Blogskins
Layout


Friday, August 12, 2005

Assalamualaykum wht,

Cinta Bukan Milikku

Terasa benar pantas masa berlalu...
Sedar tak sedar usia masa sudah menjangkau pertengahan Ogos, menerjah awal Rejab yang mulia. Lewat 2 bulan akan datang, akan ke temu semula dengan Ramadhan yang dirindu,
itu pun jika dipanjangkan detik nafasku.

Terasa banyak yang masih belum beres.
Summer yang hanya tinggal 2 minggu lagi terasa sesempit waktu. Seawal penggal baru nanti, jangan harap akan ada masa untuk bersantai-santai begini.
Barang untuk diship ke Malaysia seharusnya dalam aturcara, trip ke Niagara Falls mingggu depan akan memenuhi penuh satu minggu yang tersisa. Buku yang pelbagai masih terkaku di atas meja dan di dalam rak hitam itu. Bila lah punya masa untuk menghadam kandungan helaian kertas yang makin pudar kekuningan warna. Hmmm...Inu Yasha lagi... :p

Mak dulu pernah bercerita, zaman mak kecil-kecil dahulu, masa berjalan terasa lambat benar. Pagi mak akan terisi dengan mencari kayu api, membasuh baju, memasak dan pergi sekolah. Pendek kata, macam-macam boleh buat, sampai dah tak tau nak buat apa. Tapi sekarang, masa pantas memutus acara. Sudah hampir dengan akhir dunia.


Rindu.
Rindu pada Malaysia, rindu pada hembusan angin subuh Guar Perahu, rindu pada tiupan pohon nyior di tepi bendang di waktu musim padi lebat berbuah. Rindu pada keluarga, pada teman-teman dan cikgu-cikgu. Masih ada kurang 4 bulan untuk bertemu mereka. Terkadang takut sendiri jika Allah putuskan nafas sebelum rindu terubat. Di kala itu, hati akan terusik, cintakan duniakah aku? Cintakan duniakah aku jika aku takuti mati kerana aku belum berkesempatan melepas rindu pada orang tersayang? Salah dimanakah aku sehingga aku berdoa dipanjangkan usia untuk bertemu kembali dengan mereka?

Sejak kecil lagi, mak abah..ustaz ustazah mengajar, cintakan Allah itu paling utama.
Seharusnya aku sudah tahu, usia ini dipinjamkan agar dengannya dimanfaatkan mencari redhaNya semata. Aku ini punyaan Allah, dan bila-bila masa sahaja kepunyaanNya berhak kembali kepadaNya tanpa sebarang warning pun. Abah, mak, adik-adik, suami, isteri, girlfriend, boyfriend, dan anak-anak juga pinjaman Allah semata.

Manusia ini lemah.
Aku ini lemah.
Aku ini lemah kerana tidak mampu melepaskan mereka yang kusayang jauh dariku.
Aku lemah kerana terlalu sayang kepada kepunyaan yang lain.
Kepunyaan yang Esa.

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan untuk menyintai mereka kerana kuasa kecintaan terhadapMu.
Berilah aku perlindung untuk merasa redha jika aku pergi dahulu dari mereka, atau mereka pergi dahulu dariku.
Berilah aku petunjuk untuk melandaskan kasih dan sayang ini kearah perkara-perkara yang Engkau redhai, ya Rahman....


posted by Hana' at 8/12/2005 06:09:00 PM |

~~~*~~~