Ya Muqallibal-Quluub,
Thabbit Qulubana 'ala Diinik

About Me
Hana' Wan Harun aka Hana' Fathiah
Married to the macho Mazri Mahmood
Guar Perahu,
Bkt Mertajam,Penang
Bloomington,IN
Tanjung Malim, Perak
Love travelling, books,
nasyeed, outdoor
Rebutia, Anime



Highly Recommended
alMaghrib
Durbah
EmanRush
Khutbah
MisgOnline

MalaysianMade

Indiana University
Indiana University, Bloomington
Webmail
Oncourse
Onestart
Insite
SRSC
Find People
C Bus
E Bus

Friends
Mazri Mahmood
Judd
Muiz
Brother Faiz
Shah
WanZu
Imran
Zaid
Zakri
Zacharias
Yeop Mayuru
Irfan
Kak Lynn
Kak Sarimah
Kak Ina
Kak Amy
Maisarah
Asriah
Fairuz
Awla
Insyirah
Dot
Afzan
Futuredoc

Media
Utusan
Berita Harian
Harakah
Aljazeera
CNN
Ikim
Radio Ummah
Radio Nurhidayah
Misg.fm

Stuff
Hotmail
Yahoo
Gmail
My Friendster
My Fotopages 1
My Fotopages 2
Resepi Mesra.net
Fruits Basket
IUCU
Providian
Maybank2u

Archives
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009

Tagboard
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Credits
Blogger
Blogskins
Layout


Wednesday, August 24, 2005

Assalamu'alaikum wr.wb.

Alhamdulillah wassalatu wassalamu 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa shohbidi wa sallam. Wa ba'd,


PERSEDIAAN MENCARI LAILATUL QADAR. Siri 1


Ikhwah akhawat yang dirahmati Allah,

Penulisan saya kali ini agak panjang, namun saya mengharapkan semua ikhwah dan akhawat dan sidang pembaca dapat tabahkan hati dan menguatkan semangat untuk membacanya hingga ke penghujungnya. Moga kita dapat sedikit iktibar dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.


Ikhwah dan akhawat yang dihormati,

Lailatul qadar merupakan suatu anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah kepada umat manusia di akhir zaman ini. Jika kita menyedari hakikat bahawa umur kita untuk menikmati kehidupan di dunia dan mengumpul bekalan untuk perjalanan akhirat tidak sama dan sangat singkat jika hendak dibandiangkan dengan umur umat2 terdahulu, sehinggakan ada para sahabat yang mengadu hal yang demikian pada Rasulullah saw, maka dengan anugerah lailatul qadar yang dikurniakan Allah pada kita di bulan Ramadhan, kita akan merasakan anugerah tersebut merupakan anugerah yang teramat istimewa. Kerana dengannya kita dapat menyaingi umat2 terdahulu dalam mengumpul bekalan akhirat dalam tempoh yang singkat.


Namun begitu lailatul qadar yang dijanjikan itu tidaklah mudah untuk miliki kerana hadirnya tidak dinyatakan dan tidak ditentukan harinya secara jelas oleh Allah swt. Justeru, kita perlu mencari-cari dan mengintai-intai akan tanda2 kehadirannya.


Oleh yang demikian, maka kita perlulah mengambil langkah-langkah persediaan untuk mencari dan mendapatkannya. Dan persediaan yang paling utama sekali ialah persediaan dengan Qiamullail, kerana hanya dengan berjaga malam sahaja kita dapat mencari dan memperolehinya. Justeru itu, sebelum tibanya bulan yang terkandung di dalamnya lailatul qadar itu, kita perlu membiasakan diri dengan berjaga di malam hari untuk bertahajjud, berzikir dan bermunajat, di saat insan lain lena di buai mimpi yang mempesona, agar kita nanti tidak merasa letih dan tidak bermaya dek kerana tidak mempunyai tenaga dan semangat yang kuat untuk berdiri, ruku' dan sujud dihadapan Allah, supaya nanti kita dapat memburunya dengan tenaga dan semangat yang membara.


Qiamullail bukanlah semudah bibir melafazkan kata-kata, ia tidak semudah lidah yang melentur melontarkan bicara, atau semudah jemari yang menuliskan madah pujangga. Semua kita pasti sudah merasai payahnya untuk bangun di tengah malam untuk beribadah walaupun hanya sekadar untuk bersolat 2 raka'at. Mata kita sukar untuk dicelikkan, tubuh badan kita sukar untuk digerakkan, bahkan tangan kita terasa berat untuk menyelak sehelai selimut yang hanya seberat pakaian kita.


Berbeza pula keadaannya, apabila kita bangun di tengah malam hanya untuk melihat 'kotak hitam' yang menayangkan program kegemaran kita. Kit behkan sanggup menahan rasa penat dan mengantuk hanya untuk menonton aksi-aksi bintang pujaan manusia. Selimut yang dirasakan berat ketika hendak bangun malam kerana bertahajjud, terasa ringan ketika hendak bangun kerana 'hobi'.

Persoalannya adalah mengapa keadaan ini berlaku? Sudah pasti jawapannya ada pada diri kita.

Ikhwah dan akhwat yang dikasihi,


Beribadah memang memerlukan mujahadah, kerana syaitan tidak pernah redha melihat umat manusia taat pada perintah Allah. Syaitan tidak akan pernah senang dengan usaha manusia untuk menjejaki kasih dan cinta Allah. Oleh kerana itulah syaitan selalu menggoda dan menghasut nafsu dan fikiran manusia untuk sentiasa malas beribadah. Ia akan selalu membisikkan kata-kata manis dan menjadikan pandangan kita melihat indah pada suatu kelalaian, kejahatan, kemungkaran dan kefasikan.

Oleh itu, kita perlu sentiasa berdo’a agar terhindar dari bisikan dan hasutan syaitan. Marilah kita bersama-sama menguatkan semangat untuk bermujahadah melawan hawa nafsu dan bermujahadah dalam setiap amal ibadah.

Bersambung...


Wallahu a'lam.


Sekian.

Ibnu ummu aainaat

Selangor


posted by Hana' at 8/24/2005 09:48:00 AM |

~~~*~~~