Ya Muqallibal-Quluub,
Thabbit Qulubana 'ala Diinik

About Me
Hana' Wan Harun aka Hana' Fathiah
Married to the macho Mazri Mahmood
Guar Perahu,
Bkt Mertajam,Penang
Bloomington,IN
Tanjung Malim, Perak
Love travelling, books,
nasyeed, outdoor
Rebutia, Anime



Highly Recommended
alMaghrib
Durbah
EmanRush
Khutbah
MisgOnline

MalaysianMade

Indiana University
Indiana University, Bloomington
Webmail
Oncourse
Onestart
Insite
SRSC
Find People
C Bus
E Bus

Friends
Mazri Mahmood
Judd
Muiz
Brother Faiz
Shah
WanZu
Imran
Zaid
Zakri
Zacharias
Yeop Mayuru
Irfan
Kak Lynn
Kak Sarimah
Kak Ina
Kak Amy
Maisarah
Asriah
Fairuz
Awla
Insyirah
Dot
Afzan
Futuredoc

Media
Utusan
Berita Harian
Harakah
Aljazeera
CNN
Ikim
Radio Ummah
Radio Nurhidayah
Misg.fm

Stuff
Hotmail
Yahoo
Gmail
My Friendster
My Fotopages 1
My Fotopages 2
Resepi Mesra.net
Fruits Basket
IUCU
Providian
Maybank2u

Archives
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
July 2009

Tagboard
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Credits
Blogger
Blogskins
Layout


Wednesday, October 26, 2005

Lailatul Qadar

Assalamualaykum wht,

Alhamdulillah, walau sekarang kondisi badan ala-ala walking zombie, kerja tetap kerja. I just finished my mid-term exam yang kena baca 9 chapters tuh, ditambah case project 8 pages kena siap dalam masa 2 hari, goreng je pape sebab memang taktau apa kejadahnya yang belaku dalam pharmaceutical industry dunia sekarang nih. Secara generalnya, my schedule harian bersendu-sendawa seperti berikut:

(tatau nak mula kat mana..belasah je laa)

4:00ptg - 6:00ptg -> keje
6:00ptg - 7:00mlm -> bukak posa sambil tengok tv, solat maghrib, khidmat diri
7:00mlm - 8:00mlm -> bukak buku skit, tapi mesti ngantuk punye la lepas tuh..jadi..
8:00mlm - 12:00mlm -> tidoo.. :p
12:00mlm - 9:00pg -> solat isya',terawikh, setadi ah konon, buat pape yg patut , sahur, solat subuh, sambung setadi
9:00pg - 2:30ptg -> pegi sekolah
2:30 - 4:00 -> time nih tatau buat apa, sedar2 je dah pukul 4 dah..
4:00ptg - 6:00ptg -> pegi keje balik, each time becoming more like a walking zombie

Pokok pangkalnya, kenapa kena mesti sibuk time Ramadhan..aucchh...
Jadual ini nampaknya akan bertahan dalam masa dua minggu lagi since I have 2 more exams. Tak best, tak best...

8 hari Ramadhan bersisa..
Sume org excited nak cari lailatul Qadar.
Kalau dulu2 kat sekolah, macam2 cerita menarik boleh dengar, satunya berbunyi camnih (musti dah ramai laa yg penah dengar nih,tapi tak kire, nak cite jugak)

Di awal pagi Ramadhan yang hening, ta'kala awan kirmizi malu2 menyapa permukaan langit bumi, sebelum fajar menunjuk diri, berjalan seorang hamba Allah ini seorang diri menuju ke surau kecil di suatu sudut di kampungnya. Suasana pagi terasa mendamai di hati.

Surau kecil yang usang itu mempunyai sebuah perigi yang jernih lagi sejuk airnya. Dari perigi itulah jemaah surau mengangkat air sembahyang mereka saban hari. Maka perlahan-lahan pemuda tersebut menghampiri telaga kecil yang comei itu.

Bersedia dia mahu mengangkat air sembahyang; disingsingkan lengan, di ketepikan selipar, lalu diangkat kopiah putihnya dan diletakkan di atas rimbunan semak belukar di tepi perigi tersebut.

Setelah selesai pemuda itu menyapu air di kaki kirinya, tangannya terus menggapai kopiah putih yang baru sebentar diletakkan di atas rimbunan semak di tepi perigi. Alangkah terperanjatnya pemuda tersebut apabila mendapati kopiahnya sudah hilang, malah yang memeranjatkan pemuda itu lagi, semak yang tadinya merimbun sudah tiada lagi dari pandangan mata. Tiada apa yang mengelilingi perigi tersebut melainkan tanah lapang.

Pemuda tersebut bingung dalam kehairanan atas apa yang berlaku di sekelilingnya.Dalam pada itu, terpandanglah dia akan barisan2 pokok yang tinggi tidak jauh dari kawasan surau usang itu. Semakin di perhatikan pohon2 tinggi tersebut, semakin berdebar-debar hatinya. Sehinggalah matanya terpaku pada sesuatu yang putih (bukan hantu, ok..), tersangkut di puncak salah satu dari pohon2 tersebut. Tidak salah lagi, kopiah putihnya itu tersangkut di celah2 rimbunan dedaun. Maka bertambah-tambahlah kehairanan pemuda itu memikirkan perkara yang seperti magic sahaja baginya.

*Sampai situ je laa orang penah cerita. Perghh..susah rupanya nak tulis karangan dalam bahasa Melayu nih, last time tuleh karangan masa spm kertas Bahasa Melayu 2..kehkeh ;p

Anyway, cerita tersebut akan datang dengan ulasan2 seperti berikut, kebenaran dan kesahihan magicnya malam tersebut tidak la dapat untuk diuulas panjang2, sebab sumber cerita nih pon tak berapa nak ingat dari siapa, tapi dari kengkawan hidayah dulu la:

Malam tersebut mungkin merupakan malam Lailatul-Qadar dimana turunya malaikat ke bumi, dan sujudnya pepohon2 atas tanda keabdian mereka kepada Allah swt. Dan dalam pada itu, ketika detiknya al-Qadr, sujudlah pepohon2 yang berada di sekeliling surau tersebut dan memungkinkan pemuda tersebut meletakkan kopiahnya di atas dedaun pohon yang secara fizikalinya sedang sujud. Haa..magic tak magic tuh..

Apa bestnye malam lailatul Qadr nih?

70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi,membawa rahmat Allah memasuki rumah2 dan memberi salam kepada org islam, kecuali rumah org yg ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, para malaikat akan naik beramai2 ke langit secara serentak.
Seperti diriwayatkan Oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi:

Bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: " Pada saat terjadinya lailat al qodr itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan."

Itu tanda ketika dan selepas datangnya Lailatul-Qadar, tiadalah pula tanda2 sebelum kedatangan malam istemewa itu sendiri yang Allah swt rahsiakan dari pengetahuan kita semua. So, kita kena earn la malam tuh, kan...range dah bagi dah, (menurut pendapat sesetengah ulama' yang saya guna pakai) sepuluh malam terakhir Ramadhan, mungkin juga yang ganjil, malam yang masa satu, wallahu'alam.

21 dan 23 dah lepas dah..tinggal 25, 27 dan 29...mari kita sama-sama rebut kerana kita tak tahu sehembus nafas berlari yang mana yang akan menjadi nafas terakhir kita.



posted by Hana' at 10/26/2005 06:07:00 AM |

~~~*~~~