Assalamualaykum wht,
Baik dan Buruk Dosa dan Pahala Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebajikan Maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa Maka sesungguhnya keseronokkan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal. - Saidina Ali bin Abi Talib Rumusan: 1) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian Bersusah sakit dahulu, bersyukur senang kemudian. 2) Buat benda baik memang la letih sikit, kan... Tolong mak basuh pinggan, tolong abah cuci kereta, tolong jiran sapu sampah, tolong atok beli suwat kaba, tolong diri sendiri study untuk exams, tolong masyarakat di Palestine dan serata dunia... Isshhhh...penatnyeee.. Tapi, anggap saje la kita mengumpul point-point pahala. Pahala terkumpul macam hadiah bonanza Roda Impian. Walau tidak dapat sekarang, esok2 bile dapat sekali gus baru puas hati. Terus kaya. 3) Buat jahat memang la tak letih, malah menyeronokkan, kan... Ngumpat, sekeh anak orang, meniru dalam exam, tertipu sunat, dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.... Isshhhhh...bestnyeeeeee.... Ha'ah, best la sangat. best ye? best sangat? ye ke best? Kalau anda masih lagi rasa best, sila rujuk kembali kata-kata hikmah di atas. Pucuk pauh delima batu, Sayang selasih hamba lurutkan, Jom meh perbetul action, nawaitu, Berpayah demi syurga idaman. Wallahu'alam. posted by Hana' at 5/31/2006 03:39:00 PM |
|