Istiwak : 28 May 2007, 5.16 pm
Istiwak matahari atas kaabah atau dinamakan istiwak a'zam merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di atas kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak and menentukan arah kiblat di tempat-tempat lain di atas muka bumi ini. Di Malaysia, hari istimewa ini akan berlaku setiap tahun iaitu pada 28 Mei, jam 5.16 petang and sekali lagi pada 16 Julai, jam 5.28 petang. Ini bukanlah bermaksud arah kiblat berubah 2 tahun sekali. Kaabah tetap di Makkah al-Mukarramah, cuma kita diberi peluang oleh Allah untuk menyemaknya secara tradisional. Cara-cara nak semak betul atau tidak arah kiblat kita selama ini adalah seperti di bawah: 1) Dirikan satu objek lurus samaada tiang ke kayu ke, di kawasan yang lapang dan tidak terlindung oleh cahaya matahari 2) Tepat jam 5.16 petang, silalah lihat ke arah bayang daripada tiang yang kita tegakkan tadi. * Disebabkan matahari berada pada belah barat pada waktu petang, maka bayang objek akan jatuh ke arah timur. Untuk mengetahui arah kiblat, kita perlulah melihat dari hujung bayang, ke pangkal tiang. Maka, arah itulah arah kiblat kita yang sebetulnya. Selamat Menyemak. *rujukan Khutbah Jumaat posted by Hana' at 5/28/2007 10:58:00 AM |
|