![]() |
![]() |
![]() |
Black 14
Perhimpunan Black 14 diteruskan di Kg Baru malam ini KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - KeADILan akan meneruskan perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini walaupun polis tidak menyediakan permit. Program yang digelar "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini. - mks. ** petikan dari Harakahdaily ------------------------------------------------------------------------------------- Saya yang pastinya, tidak akan berada di kawasan tersebut ketika sejarah baru menempa lembaran di dalam kitab politik Malaysia. Khuatir kalau-kalau baby mau keluar awal, jadi kalut. :p Walau bagaimanapun, saya gemar mendengar bicara DSAI dan puterinya Nurul Izzah dalam Bahasa Melayu baku yang tidak ramai orang memperkasakan dewasa ini. Sebutannya satu-satu, jelas dan fasih. Lebih-lebih lagi kosa-kata yang unik seperti 'rakyat terbanyak'. Rasa ingin tersenyum dalam hormat. posted by Hana' at 4/14/2008 04:44:00 PM |
|