SMIH Muncul Juara Debat Antara Sekolah
MasyaAllah, all I need to say right now is "I'm so proud of my school, Sekolah Menengah Islam Hidayah" :). It's the time for the underdog to shine... Source: http://www.hidayah.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=121&Itemid=1 Rabu, 29 April 09, 11.45 mlm. Pasukan pendebat-pendebat cemerlang SMIH berserta rombongan, yang diketuai oleh Pengetua, telah disambut penuh meriah setibanya di Sekolah Islam Hidayah. Rombongan yang sampai di sekolah sekitar jam 11.30 malam, disambut dengan paluan kompang dan jambak-jambak bunga berwarna warni di pintu masuk sekolah.. Antara warga Hidayah yang turut serta termasuklah pimpinan Board of Trustee (BOT), Lembaga Pengelola (LPH), PIBG SRIH dan SMIH, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar dan sanak saudara. Ramai dikalangan warga Hidayah telah menunggu kepulangan mereka seawal 10 malam. Setibanya mereka kira-kira 11.30 malam, mereka disambut dengan laungan takbir, paluan kompang dan nasyid dari kumpulan nasyid SMIH, Najahan. Suasa kegembiraan begitu terasa sekali. Masing-masing pendebat, Pengetua, guru pengiring, jurulatih debat dan semua ahli rombongan tidak putus-putus mendapat ucapan tahniah dari semua hadirin yang mampu mengucapkannya di majlis tersebut. Jambangan bunga juga silih berganti tangan tanda kegembiraan dan tahniah. Pada 29 April 2009, Pendebat SMIH telah dinobatkan sebagai johan dalam debat Bahasa Melayu dan Naib Johan dalam debat Bahasa Inggeris dalam pertandingan debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia di UIA Gombak. Kejayaan seumpama ini merupakan pertama kali dalam sejarah 8 tahun penganjuran debat UIA. Pada tahun 2005 sekolah ternama Malay College of Kuala Kangsar (MCKK) pernah mencapai kejayaan di mana kedua-dua kumpulan pendebat BM dan BI mereka sampai ke peringkat akhir, namun kedua-duanya berakhir dengan hanya mendapat naib johan. Debat UIA adalah antara acara debat tahunan yang berprestij. Banyak sekolah-sekolah seluruh Malaysia, tanpa mengira latarbelakang, akan menghantar kumpulan pendebat mereka. Debat UIA boleh dikatakan gelangang terbaik untuk setiap sekolah menguji kehebatan pasukan debat masing-masing. Hampir semua pasukan pendebat tersohor dari sekolah berasrama penuh ternama menyertai pertandingan ini termasuklah KISAS (dulu KIK), MCKK, TKC, RMC, STAR, STF, SDAR dan MRSM. Bagi sekolah biasa tidak ternama, di sini merupakan gelangang terbaik mereka untuk menguji kehebatan pasukan mereka. Pertandingan debat antara sekolah seumpama ini pernah terkenal di era 70an dan 80an dahulu yang lebih dikenali dengan debat Piala Perdana Menteri (PPM). Namun PPM terhad penyertaannya hanya kepada sekolah berasrama penuh sahaja. Puan Pengetua SMIH mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas kejayaan berganda ini dan mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat samada nyata atau tersembunyi. Dalam perkembangan berkaitan, SMIH pula akan menganjurkan debat peringkat antarabangsa yang dijadualkan akan berlangsung pada Julai 2009. For more, you can visit: http://hidayah.edu.my/ posted by Hana' at 5/03/2009 12:14:00 AM |
Cerita di Hari Cuti
Agak bosan melayari kehidupan hujung minggu ni walaupun hari Jumaat cuti Hari Pekerja. Sebabnya By telah meninggalkan kitorang berdua untuk pergi memancing laut dalam kat Kuantan nun. Dari awal tahun lagi By dah mintak permit untuk pergi memancing laut dalam (mancing biasa2 tepi longkang atau tepi tasik tak kire, itu pakai permit kelas rendah sikit), permit telah diapprove oleh bini beliau dengan kondisi 2 kali setahun saje. Saya pun tak kisah sebenarnya, itu hobi dia and i respect that. Antara hobi2 beliau yang lain yang saya tak leh nak join adalah main golf (sebab tak berapa nak terrer) dan jugak motor besar (sebab itu mottot sudah juai maaa). Hanya motor-motor kecik yang bersaiz tak melebihi 30 cm saje yang bisa dikumpul pada waktu ini..heheh. Kena tunggu Nufayl besar sikit la kalau nak beli motor lain. By kata Sabtu tengahari dah boleh naik darat, petang Sabtu dah boleh sampai rumah. Tapi bila dah pukul 6 petang lebih, By masih tak 'report' akan status beliau, saya mulalah tak senang duduk. Apa lah cerita nih, sampai dah nak maghrib tak dengar khabar lagi, dah lah tengah laut tak dapat connection. Saya sudah pun google no. pihak berkuasa kuantan nak check kot2 ada ribut taufan ke pitung beliung ke, tsumawi ke, tsunami ke....Che' tak mau jadi janda maakkk!!! Umuq che' pun belom 26 tahun lagi... (ehem, ehem...4 May ye..ngeheheh) Ala kulli hal, time tengah mencucuk2 keyboard untuk menggoogle no.polis kuantan, abanganda bertuah ku tu call. Sebbaik... Rupa-rupanya, group diorang petang tu baru nak naik darat. Sampai darat pun dah nak hampir maghrib... Mula-mula nak marah gak kat beliau nih, tak tau ke orang risau sampai nak repot polis dah. Tapi dengar suara By yang riang ria sambil berbunyi riak sebab beliau berjaya outperformed kengkawan2 beliau yang lain dengan berjaya menarik seekor swordfish yang besau, tak sampai hati pulak nak kill the moment..heheh. Tapi sebab ikan layar (swordfish) orang tak makan, lepas main tarik tali dengan ikan tu, diorang lepaskan je balik dalam laut. Kalau Nufayl tak de kat rumah, mesti saya sudah boring tahap cipan senggugut. Terima kasih la Nufayl, sebab temankan mama :). Bestnya Nufayl ni, sebab dia macam mama dia..suka tidur...hahah.. Ini je lah yang kitorang buat sepanjang 2 hari ni, dicampur jugak dengan perkara-perkara yang sewaktu dengannya: 1. Jumaat: Tidur balik pagi itu setelah bangun, dari pukul 11 pagi sampai pukul 2 petang. Nufayl selalu tepuk2 muka mama suruh bangun. Kalau mama masih tak bangun, Nufayl main sorang2 tepi mama sambil tepuk lagi muka mama sekali sekala...sampai la mama bangun. 2. Belajar buat 'cak cekur udang gamit' dengan tangan Nufayl. Secara terperincinya, apabila dinyanyikan 'cak cekur udang gamit', satu tangan kena buat bentuk macam 'twit', sambil dikenakan ke tangan yang satu lagi. Ajar Nufayl 2 kali je, dah boleh tangkap dah. Sekarang ni, kalau dia tak tepuk tangan, dia akan buat cak cekur udang gamit pulak. 3. Understands the meaning of 'ball' and his 'wormy'. Kalau mama kata 'Nufayl, where's your Wormy?'..Nufayl akan pusing carik Wormy dia the bagi kat mama. Tapi kejap je pastu amik balik sebab dia nak isap idung Wormy pulak. Kalau mama kata, 'Nufayl where's your ball', Nufayl pun tunjuk la ball yang Aunty Mak kasik untuk birthday dia. 4. Still, do NOT understand the word 'NO', tak tahu lah dia tak nak comprehend ke, atau memang rebellious anakku sorang nih. Kalau mama kata NO, Nufayl tengok dulu muka mama, pastu pegi buat lagi benda tuh. Bila mama tepuk2 tangan dia, (memukul secara berhemah :p), dia start main tepuk tangan pulak dah, dia ingat mama nak main tepuk tangan ngan dia ke....ayyooo ini budak aaa, susah mau marah ooo... 5. Nufayl can access the riskiness of his action pretty well. So far, dia tak pernah buat attempt lagi untuk terjun dari katil. Kalau dia main atas katil pun, bila dah sampai kat tepi tu, pelan2 je dia rendahkan badan dia...takut terjatuh... Tapi si kecik itu sudah pandai hulur kaki ke bawah nak turun katil. Last week dekat nursery, dia sudah panjat tangga naik tingkat atas. Semua orang tak sedar. Tetiba je, dengar suara dia dari atas nangis mintak tolong, sebab tak reti nak turun bawah sendiri. Kira dia tau kalau dia turun ni sure tak selamat punya. Nursery ni pun satu, pemantauan pun ntah hapa-hapa....dibuatnya anak aku tu tergolek ke..na'uzubillah.. Dah la yuran naik rege dari RM 295 to RM 330 sebulan. Harga tinggi macam tu charge kat parents, silalah tengok budak-budak tu betul-betul sikit. Itu sajalah entry untuk kali ni. p/s: Aishah, gambar bunga dan coklat yang aishah hantar kat mak tu along tak sure la upload kat computer mana. Nanti la along carik balik. posted by Hana' at 5/02/2009 11:12:00 PM |
|